Home Kenyataan Media PAS Wilayah

KERAJAAN MADANI: PEMBEBASAN SEKATAN JUALAN ARAK

77
SHARE

1. DBKL telah meluluskan sehingga 1519 lesen penjualan arak pada 23 November 2023 menyebabkan konflik penjualan arak secara terbuka di kedai serbaneka seluruh Kuala Lumpur kembali bangkit.
2. Kelulusan lesen ini telah dibuat oleh Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Perniagaan DBKL diketuai oleh Pooi Weng Keong yang baru dilantik pada era kerajaan Madani.
3. Pooi Weng Keong merupakan ahli parti DAP yang pernah memegang jawatan Pengarah Pilihan Raya DAP sebelum meletakkan jawatan pada 2013.
4. Sebagai rekod, larangan penjualan arak di kedai runcit, serbaneka dan kedai ubat cina oleh DBKL telah dikuatkuasakan pada 1 November 2021 ketika Dato’ Seri Shahidan Kassim menjadi Menteri Wilayah Persekutuan.
5. Namun, setelah Kerajaan Madani mengambil alih negara melalui pentadbiran Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Wilayah, larangan ini telah dihapuskan dan penjualan arak secara bebas telah dibenarkan.
6. DPPWP berasa amat kecewa dan kesal dengan penghapusan larangan tersebut yang hanya akan memarakkan lagi masalah sosial yang telah sedia parah sekarang ini.
7. Umat Islam perlu bangkit melihat sikap sambil lewa kerajaan terhadap isu ini yang telah mengambil langkah ke belakang terhadap isu arak di Malaysia.
ABDUL RAZAK RAMLI,
KETUA PENERANGAN,
DEWAN PEMUDA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN.