Home Berita PAS Sabah

PASTI dan SERI sertai sambutan Maulidur Rasul Keningau

52
SHARE

1 DISEMBER 2023
OLEH: Mimi Hazwa HMS

KENINGAU: Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) dan Sekolah Rendah Islam Tahfiz al-Ilmi (SERI) Keningau buat pertama kalinya telah menyertai majlis dan perarakan Maulidur Rasul peringkat daerah Keningau pada 29 November 2023 bertempat di Kompleks Sukan Keningau.

Sebanyak 5 buah PASTI sekitar daerah Keningau yang terdiri daripada PASTI Asshariff, Arrahim, al-Falah, al-Falah II dan PASTI Solahuddin al-Ayubi telah menyertai majlis dan perarakan tersebut dengan kehadiran hampir 200 orang murid cilik yang mencuri tumpuan dengan telatah dan karenah mereka sepanjang perarakan Maulidur Rasul kali ini.

Dengan bertemakan warna hijau kuning, murid-murid comel memakai seragam PASTI, manakala Sekolah Rendah Islam Tahfiz Al-Ilmi pula memakai pakaian bertemakan warna biru.

Perarakan untuk sambutan Maulidur Rasul tahun ini sangat meriah dengan penyertaan lebih banyak kontinjen dari pelbagai kategori jabatan, pertubuhan, masjid, sekolah menengah dan sekolah rendah.

Penyertaan pertama kali dari kontinjen PASTI dan Sekolah Rendah Islam Tahfiz al-Ilmi tahun ini menyaksikan kedua-dua kontinjen telah memenangi naib johan dan johan bagi kategori sekolah rendah dan telah membawa pulang wang tunai sebanyak hampir RM1,800 bagi pertandingan sepanduk.

Diharapkan agar majlis sambutan dan perarakan Maulidur Rasul ini akan menjadi platform dan program tetap PASTI dan SERI al-Ilmi setiap tahun bermula tahun ini agar dapat menyemai semangat cintakan Rasul junjungan Nabi Muhammad SAW seawal usia 4 tahun.