Home Artikel PAS Selangor

Keputusan Penilaian Sekolah Rendah Agama(PSRA) diumumkan

5005
SHARE

PENGISYTIHARAN KEPUTUSAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH AGAMA(PSRA) TAHUN  2017 M / 1439 H

1. Jumlah Calon PSRA yang berdaftar pada tahun ini adalah 38,921 calon dan seramai 38,230 calon iaitu 98.2 % hadir menduduki peperiksaan.

2. Jumlah Pusat Peperiksaan ialah sebanyak 514 pusat, melibatkan 721 buah sekolah.

3. Pencapaian Peratus Kelulusan Keseluruhan Peperiksaan PSRA tahun 2017 ialah 90.8%, meningkat 1.2% berbanding 89.6% pada tahun 2016.

4. Peratus calon yang mendapat pangkat Mumtaz (Cemerlang) pada tahun ini menurun 2.3% bersamaan 14.3% (5,464 calon) berbanding 16.6% (6,480 calon) pada tahun 2016.

5. Calon yang mendapat pangkat Jayyid Jiddan (Sangat Baik), meningkat 2.6% iaitu 32.5% (12,418 calon) berbanding 29.9% (11,647 calon) pada tahun lalu.

6. Bagi calon yang mendapat pangkat Jayyid (Baik) juga meningkat 1.8% iaitu, 25% (9,576 calon) berbanding 23.2% (9,036 calon) pada tahun lalu.

7. Calon yang mendapat pangkat Maqbul (Lulus) menurun 0.9% iaitu, 19% (7,271 calon) berbanding 19.9% (7,757 calon) pada tahun lalu.

8. Bilangan calon yang mendapat pangkat Musaadah (Perlu bimbingan) dapat dikurangkan sebanyak 1.1% iaitu 3,505 calon iaitu 9.17% berbanding 10.3% (4,032 calon), pada tahun sebelumnya.

9. Pencapaian calon PSRA bagi Ujian Tilawah dan Hafazan (UTH) pada tahun ini ialah 99.9% lulus, kekal seperti tahun 2016.

10. Bagi kertas peperiksaan Akhlak dan Sirah (AS01) berlaku penurunan 2.2% iaitu 89.3% calon lulus berbanding 91.5% pada tahun 2016.

11. Pencapaian bagi kertas Bahasa Arab (BA02), meningkat 3.5% dengan pencapaian 94.1% pada tahun ini, berbanding 90.6% pada tahun 2016.

12. Pencapaian bagi kertas Jawi, Imlak dan Khat (JIK03) menurun 0.2% iaitu 95.6% berbanding 95.8% pada tahun 2016.

13. Bagi kertas Tauhid dan Fekah (TF04) mencapai 89% kelulusan iaitu meningkat 1.6% berbanding 87.4% pada tahun 2016.

14. Terdapat peningkatan yang ketara bagi kertas Tajwid (TJ05) iaitu 84.5%, naik 6.6% berbanding 77.9% pada tahun 2016.

15. Calon cemerlang DAERAH PETALING :

Farrahah binti Mohd Husen
SRA Kampung Melayu Subang, Petaling

16. Calon cemerlang DAERAH SEPANG :

Danial Khan Syahirah bin Zairi
KAFAI Baitul Hikmah,
Taman Seroja, Sepang

17. Calon cemerlang DAERAH HULU LANGAT :

Arif Safwan bin Asmadi
SRA Sungai Kantan, Hulu Langat

18. Calon cemerlang DAERAH KLANG :

Nursyazanin binti Mohamad Shukri
SRA Sungai Udang, Klang

19. Calon cemerlang DAERAH GOMBAK :

Dalina Safiayah binti Azdi
SRI Setia Budi, Gombak

20. Calon cemerlang DAERAH HULU SELANGOR :

Marsylla Ivva Auda Zanty binti Md. Zaini
SRI Integrasi Al-Amin, Hulu Selangor

21. Calon cemerlang DAERAH KUALA SELANGOR :

Muhammad Naim bin Abu Bakar
SRA Jaya Setia, Kuala Selangor

22. Calon cemerlang DAERAH KUALA LANGAT :

Muhammad Firazz Izzan bin Zaidi
SRA An-Nur Kanchong Darat,
Kuala Langat

23. Calon cemerlang DAERAH SABAK BERNAM :

Siti Nor Batrisyia binti Mohd. Yusof
SRA Al-Hidayah Parit 9,
Sungai Besar, Sabak Bernam

24. Murid Cemerlang PSRA kategori LELAKI Terbaik keseluruhan ialah:

Danial Khan Syahirah bin Zairi
KAFAI Baitul Hikmah,
Taman Seroja, Sepang

25. Murid Cemerlang PSRA Kategori PEREMPUAN Terbaik Keseluruhan ialah:

Farrahah binti Mohd Husen
SRA Kampung Melayu Subang,
Petaling

26. KATEGORI SRA (GRED A) CEMERLANG PSRA:

SRA Batu 13 Puchong, Petaling
GPS : 1.93
(Sekolah Gred A : Bilangan Murid lebih 1000)

27. KATEGORI SRA (GRED B ) CEMERLANG PSRA:

SRA Al-Husna Taman Universiti Indah, Petaling
GPS : 2.0
(Sekolah Gred B : Bilangan Murid 500-999)

28. KATEGORI SRA (GRED C) CEMERLANG PSRA:

SRA Parit 11 Timur, Sungai Besar, Sabak Bernam
GPS : 1.69
(Sekolah Gred C : Bilangan Murid kurang 500)

29. KATEGORI SRAI CEMERLANG PSRA :

SRAI Sungai Manggis, Kuala Langat
GPS : 1.46

30. KATEGORI KAFAI CEMERLANG PSRA :

KAFAI Al Islah Parit Baru Baroh, Sabak Bernam
GPS : 1.40

31. KATEGORI SEKOLAH RENDAH ISLAM (PERSENDIRIAN) CEMERLANG PSRA:

SRI Irsyadiah Gombak
GPS : 1.16

32. Anugerah Daerah Terbaik PSRA Peringkat Negeri Selangor Tahun 2017 ialah :

DAERAH SEPANG
(Gred Purata Daerah / GPD : 2.55)

Tahniah kepada pelajar-pelajar Sekolah Rendah Islam An Najihin kerana mendapat 100 peratus lulus dalam peperiksaan PSRA baru-baru ini. Sekolah Rendah Islam An Najihin juga dipilih sebagai pemenang dalam kategori sekolah rendah Islam persendirian (swasta) paling berjaya. Tahniah!