Home Berita PAS Pahang

Tangani masalah sosial anak muda dengan menganjurkan liga futsal

790
SHARE

Temerloh : DACS adalah satu lajnah di bawah dewan pemuda PAS yang dikhususkan untuk menguruskan sebarang aktiviti anak muda dalam kebudayaan dan sukan. Oleh itu, DACS dewan pemuda PAS Kawasan temerloh telah mengambil inisiatif untuk mengadakan satu program Liga Futsal Temerloh di hati kome.

Liga ini telah berlangsung beberapa minggu dan akan tamat setelah layaknya kumpulan menjadi JUARA!. Jadual perlawanan untuk liga ini telah disusun oleh urusetia pada setiap malam selasa dan khamis. Masa perlawanan pada jam sembilan sehingga jam 11 malam.

Turut bersama dalam liga ini juga di antaranya Yang Dipertuan PAS Kawasan Temerloh sendiri, Seterusnya Timbalan dan Naib yang dipertuan PAS Kawasan Temerloh seterusnya beberapa Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Temerloh sendiri. Tujuan mereka hadir adalah untuk memberikan tazkirah kepada anak muda yang hadir. Kehadiran yang bersama untuk melihat perlawanan tersebut mencecah 100 orang. Masa yang diperuntukkan oleh Urusetia kepada pentazkirah selama 20 minit.

Jabatan Amal Temerloh juga turut dijemput sebagai pasukan untuk membantu dalam memberikan rawatan kepada pemain sekiranya berlaku kecederaan. Dengan kelengkapan yang ada itu, sudah boleh membantu merawat pemain yang menghadapi sebarang kecederaan.