Home Berita PAS Perak

KEPUASAN dalam perjuangan Islam : Pengarah JPRN Perak

853
SHARE

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

1. Perjuangan mendaulatkan Islam adalah perjuangan seumur hidup kita , perjuangan sepanjang hayat dan tak akan terhenti samada menang @ kalah. Jika menang, kita akan berjuang untuk mengisi kemenangan jika kalah, kita berjuang hingga menang.

2. Pas dibina atas 3 asas utama iaitu Tarbiah, Dakwah dan Siasah..
Ada pun Pilihanraya hanya mengambil sebahagian kecil daripada makna Siasah.

3. Ramai yang salah faham terhadap apa yang diperjuangan oleh Pas dengan anggapan pilihanraya menjadi penentu segala-galanya kepada masa depan Pas. Ternyata apa diperjuangkan oleh seperti yang tercatat di dalam perlembagaannya jauh lebih besar daripada Pilihanraya.

4. Motivasi bekerja ikhlas kerana mencari keredhaan Allah semata-mata tak perlu upah tidak pernah sekalipun melemahkan petugas-petugas Pilihanraya Pas. Menang atau kalah mereka tetap bersyukur.

5. Semoga amal kecil ini membuka pintu rahmat Allah dan jalan agar segala amal yang dilakukan dalam perjuangan ini diterima Alllah sebagai jihad fi Sabilillah.

6. Sesungguhnya kita sangat yakin dengan janji Allah bahawasanya perjuangan mendaulatkan Agama Allah pasti mendapat pertolongan dan akan diberi kemenangan daripada Allah.

6. Lumrah dalam setiap perjuangan ada masa menang kadangkala kalah, kalah bilamana kita rasa lemah dan menang bilamana kita tak pernah rasa kalah.

7. Inilah KEPUASAN dalam perjuangan Islam.

Ustaz Haji Mustafa Abd Wahab
Pengarah JPRN Perak