Home Berita PAS Perak

RAYUAN JOM INFAQ | PEMBANGUNAN & OPERASI SRITI AL-MUTTAQIN, KAMUNTING, TAIPING

1284
SHARE

ALHAMDULILLAH SYUKUR KITA MASIH MAMPU UNTUK HANTAR ANAK-ANAK BELAJAR DI SRITI AL-MUTTAQIN & SEKOLAH-SEKOLAH YANG LAIN.

KANAK-KANAK SYRIA DIUJI DENGAN PEPERANGAN, SEKOLAH MEREKA HANCUR MUSNAH. SISTEM PEMBELAJARAN Al-QURAN , AKADEMIK & DINIYAH TERGENDALA.

ADA IBU BAPA KEPADA KANAK-KANAK INI SUDAH MENJADI SYUHADA. ADA JUGA KANAK-KANAK YANG MATI KELAPARAN. DILANDA KEMISKINAN.

KITA SEBAGAI IBU BAPA KEPADA ANAK-ANAK SYURGA DI SRITI AL-MUTTAQIN MASIH BERPELUANG UNTUK BERI SISTEM PENDIDIKAN YANG TERBAIK UNTUK ANAK-ANAK KITA. KELEMAHAN SESUATU INSTITUSI PENDIDIKAN BUKANLAH SEPATUTNYA MENJADI HALANGAN BUAT KITA UNTUK HANTAR ANAK-ANAK BELAJAR

ISLAM ITU RAHMAT UNTUK KITA SEMUA. JANGAN TINGGALKAN ISLAM. PASAKKAN ISLAM DALAM DIRI KITA, KELUARGA & ANAK-ANAK KITA. BERSYUKUR KITA MASIH BELUM DIUJI SEPERTI MEREKA YANG BERADA DI SYRIA

=============================================
=============================================

RAYUAN JOM INFAQ | PEMBANGUNAN & OPERASI
SRITI AL-MUTTAQIN, KAMUNTING, TAIPING

SRITI Al-Muttaqin melancarkan Rayuan Jom Infaq bersempena bulan Ramadhan Al-Mubarak untuk menguruskan Kos Urusan Pembangunan & Operasi yang perlu ditanggung oleh pihak sekolah bulanan serta tahunan. Ditambah pula bilangan pelajar bakal meningkat sebanyak 150 orang pada tahun 2019. Hal ini telah membuatkan pihak pentadbiran perlu mengutamakan keselamatan dan keselesaan P&P para pelajar SRITI Al-Muttaqin.

==========================================

KENAPA PERLU INFAQ UNTUK SRITI Al-MUTTAQIN

1- SRITI Al-Muttaqin melahirkan para pelajar yang cemerlang Al-Quran, Diniyah & Akademik

2- SRITI Al-Muttaqin menerima permintaan yang cukup tinggi daripada ibu bapa yang inginkan anak-anak mereka belajar di Sekolah Rendah Harian yang menyediakan silibus Tahfiz ( 2 juzuk setahun serta mengutamakan silibus Diniyah )

3- SRITI Al-Muttaqin masih lagi menyewa dan tidak mempunyai premis milikan sendiri disebabkan faktor kewangan.

4- Islam mengganjarkan pahala yang berlipat kali ganda bagi mereka yang menginfaq harta mereka pada jalan Allah @ Fisabilillah, tambahan pula berlipat kali ganda ganjaran tersebut pada bulan Ramadhan

==========================================

KOS YANG DIPERLUKAN UNTUK INFAQ SRITI AL-MUTTAQIN

1- Sewaan Bangunan Sekolah : RM4000 sebulan
2- Kos Makan Minum : RM3000 sebulan
3- Kos Bil Utiliti (Air, Elektrik dll) : RM700 sebulan
4- Renovasi Fasiliti (Anggaran) : RM15,000

==========================================


AYUH KITA BERINFAQ

SRITI Al-Muttaqin merayu kepada seluruh rakyat Malaysia yang prihatin agar membantu Rayuan Jom Infaq Pembangunan & Operasi SRITI Al-Muttaqin ini dengan bersama-sama menyumbang sebarang amaun dan menyebarkan maklumat tentang kempen ini kepada rakan-rakan yang lain.

2 Langkah mudah untuk menginfaqkan sumbangan melalui :

1) Salurkan sumbangan anda atas nama ‘SRITI Al-Muttaqin’ ke :

– Akaun Bank Muamalat : 08020002764716
– Akaun CIMB Islamic : 86 0321535-3

2) Maklumkan melalui email ke sritialmuttaqin@gmail.com bersama salinan slip atau Whatsapp ke 013-9275759 dan nyatakan kemasukan untuk ‘Rayuan Jom Infaq SRITI Al-Muttaqin’

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pejabat SRITI Al-Muttaqin:
05-8010777 (Jannah)
013-9275759 (Ust Amar)

Sebarkan info infaq ini kepada kenalan/sahabat anda!