Home Berita PAS Perak

PAS Bukit Gantang : Iftar Perdana Raikan Guru PASTI dan SRITI

852
SHARE

Oleh : Ez

TAIPING , 23 Mei : Naib Presiden PAS Pusat , Ustaz Idris Ahmad dan pimpinan PAS Bukit Gantang berkenan meraikan guru-guru PASTI dan SRITI Al Helmi , dalam majlis iftar perdana yang telah diadakan di Hotel Taiping Perdana , malam tadi.

Pengerusi PASTI Bukit Gantang , Ustaz Muhammad Fitri Abdullah berkata, majlis ini dianjurkan oleh PASTI Bukit Gantang dengan kerjasama SRITI AL Helmi bagi meraikan guru-guru PASTI dan SRITI bagi mengenang jasa mereka mendidik anak-anak.

” Lebih dari 70 orang telah hadir di dalam majlis tersebut yang turut disertai oleh warga pendidik PASTI dan SRITI.

Majlis ini turut dihadiri oeh YDP PAS Bukit Gantang , Ustaz Muhammad Faisal Abdul Rahman , AJK PAS Bukit Gantang, AJK Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat dan Nisa Bukit Gantang.