Home Berita Dewan Muslimat PAS Malaysia

Kenyataan Pengarah Ameerah Malaysia

1090
SHARE

1. Tinggal tidak sampai 24 jam Malaysia akan mengadakan pilihan raya kali yang ke 14 sebagaimana yang diisytiharkan oleh Suruhanjaya Pilihan raya Malaysia. 9 Mei ini merupakan hari di mana seluruh rakyat Malaysia yang berumur 21 tahun dan ke atas keluar memilih pemimpin yang bakal menentukan halatuju negara selama 5 tahun.

2. Ameerah Malaysia dengan ini menyeru seluruh rakyat Malaysia yang boleh mengundi untuk turun memberi sokongan kepada sistem demokrasi berperlembagaan yang bakal memberikan mandat pemerintahan kepada mereka yang mendapat sokongan rakyat.

3. Ameerah Malaysia ingin berkongsi ciri-ciri pemimpin yang harus diberi undi pada 9 Mei ini ;
i) pemimpin yang adil iaitu pemimpin yang meletakkan sesuatu itu ditempatnya. Tidak kira dalam bidang ekonomi, sosial mahupun sistem kehakiman. ii) Pemimpin yang bersedia menentang kemungkaran dan kezaliman tidak kira dalam bentuk apa samada kleptokrasi, nepotisme mahupun kronisme.
iii) Pemimpin yang boleh menyatukan ummah dan tidak fanatik pada bangsa dan kelompok sendiri iv) Pemimpin cerdas dan mampu memberikan idea yang bernas untuk rakyatnya. v) Pemimpin yang bijak berkomunikasi dengan rakyatnya. pemimpin yang rajin turun bertanya khabar dan mengambil.berat masalah rakyat. vi) Pemimpin yang bersifat Siddiq iaitu bercakap benar dan tidak menipu rakyat apatahlagi menyebarkan fitnah yang tidak dipastikan kesahihannya.

4. Sesungguhnya, Ameerah merasakan pemilihan pemimpin yang terbaik dalam piliharaya merupakan jihad untuk rakyat Malaysia kerana pemimpin menentukan halatuju negara samada mengutamakan prinsip Islam atau sebaliknya. Bagi yang beragama Islam, jadilah insan luar biasa yang memohon bantuan Allah dalam memilih pemimpin. Buat istikharah agar diberi bimbingan. Jangan kita lupa, setiap tindak tanduk kita bakal dipersoalkan oleh Allah di akhirat kelak.

Selamat mengundi buat semua. Jangan lupa jalankan tanggungjawab anda lima tahun sekali ini.

Husna Hashim
Pengarah Ameerah Malaysia.

#PRU14
#AmeerahMalaysia
#MuslimatMudaPAS
#AnakMudaSokongPAS
#YaAllahMenangkanPAS