Home Artikel Dewan Ulamak PAS Pusat

Isu Projek Hospital Terbengkalai Dapat Perhatian Calon PAS Bota

59 views
SHARE


Isu Projek Hospital Terbengkalai Dapat Perhatian Calon PAS Bota

Sikap kerajaan melaksanakan projek ekspres masih berterusan terutama menjelang pilihan raya bagi memancing perhatian rakyat.

Terbaru, projek Hospital di Seri Iskandar, Perak yang terbengkalai sejak sekian lama dijanjikan; telah beberapa kali PRU hanya diberi perhatian semula menjelang PRU14.

Baru-baru ini di naikkan papan kenyataan projek. Projek tersebut hanya melakukan kerja awalan dan tarikh yang tidak sampai dua bulan tempoh projeknya bagaikan “mee segera”.

Tambahan pula, hanya syarikat enterprise yang dipertanggungjawab bagi melaksanakannya dengan kerja-kerja terang hutan dan pacak sign board, bukan projek bangunkan hospital.

Difahamkan projek itu hanya bernilai 300k iaitu hanya projek awalan untuk menerangkan hutan tapak projek yang hanya mengaburi mata rakyat.

Rakyat mahukan penyelesaian supaya hospital yang lengkap dengan kepakaran sebagaimana daerah-daerah lain yang sedia ada. Malangnya, kerajaan mewar-warkan pula projek lapangan terbang sedangkan hospital lebih penting.

Isu tersebut mendapat perhatian calon DUN Bota, Ustaz Haji Muhammad Ismi; yang mengharapkan supaya rakyat tidak diperdayakan lagi dengan janji-janji manis pemimpin politik.

“Adalah suatu yang langsung tidak munasabah kemudahan kesihatan diabaikan di kawasan yang padat penduduk lantaran berjanji pula hendak membina lapangan terbang di kawasan yang sama.

“Orang mukmin tidak dipatuk dua kali dalam satu lubang,” katanya.