Home Artikel PAS Johor

KENYATAAN MEDIA: Pengiktirafan LGBT : Kenyataan YB Mujahid dibantah

327 views
SHARE

KENYATAAN MEDIA:
Pengiktirafan LGBT : Kenyataan YB Mujahid dibantah

1. Lajnah Pendidikan PAS Negeri Johor semakin bimbang dengan tindakan golongan LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender) di Malaysia yang semakin meruncing dan membimbangkan semua pihak terutamanya generasi muda hari ini.

2.Kami juga telah mendengar pelbagai respon dan mengikuti maklum balas daripada netizen berkaitan isu ini di media bercetak dan media elektronik yang begitu prihatin dan mencadangkan kempen boikot ke atas produk-produk mereka yang terlibat dengan LGBT.

3. Kami berpendapat aktiviti negatif LGBT boleh membawa kemusnahan negara dan mengundang bala Allah SWT.
Isu Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender (LGBT) sememangnya sentiasa hangat jika dibincangkan dalam dunia maya. Ini kerana kumpulan LGBT ini sudah mendapat pengiktirafan antarabangsa dalam pelbagai bentuk dan program bersama masyarakat .

4. Kami ingin melahirkan kebimbangan jika amalan songsang yang mewarisi tabiat Kaum Nabi Lut ini jika dibiarkan berleluasa dan diiktiraf oleh kerajaan akan mengundang masalah besar dan bencana yang mendasar serta berakar umbi dalam masyarakat

5.Laporan dari Global AIDS Response Progress (Malaysia) 2016, mendapati perbandingan ketara jangkitan baharu HIV melalui transmisi seksual berbanding transmisi penggunaan jarum suntikan dadah. Pada tahun 2016 sahaja sebanyak 2864 (84%) kes transmisi HIV akibat hubungan seks berbanding 377 (11%) transmisi HIV melalui suntikan jarum.
Amat membinbangkan juga, pecahan dari transmisi hubungan seksual itu mendapati 1553 (54.2%) adalah di kalangan homoseksual/biseksual. Jumlah ini dilaporkan meningkat setiap tahun sejak dari 2015 lagi.

6. Laporan juga mendapati anggaran penduduk yang mengamalkan amalan songsang ini seramai 170,000 orang.
Ini membuktikan bahawa amalan negatif LGBT k mendatangkan mudarat besar dari sudut sosial dan kesihatan.

7.Lajnah Pendidikan PAS Negeri Johor ingin merujuk kepada kenyataan YB Dato’ Mujahid Bin Yusof ,Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkaitan hal ini terutama selepas pertemuan dengan En Nisha Ayub baru -baru ini yang kononnya mengatakan bahawa golongan LGBT ini menjadi mangsa diskriminasi oleh masyarakat.Kami menyangkal dakwaan ini kerana golongan yang mewakili 9 % ini sebenarnya bebas mendapat khidmat kesihatan,berjalan bebas dengan aman tanpa halangan bersama rakyat di negara kita .

8.. Kami ingin melahirkan kebimbangan terhadap masa depan generasi pelapis masa hadapan di dalam institusi pendidikan jika kenyataan yang mengelirukan seperti ini bakal merosakkan minda remaja dan menimbulkan kefahaman yang salah terhadap isu tuntutan amalan songsang LGBT di negara kita.

9.Kenyataan agar berkongsi tandas wanita adalah cadangan yang amat naif kerana kebimbangan kami adalah ia akan mengundang kepada berlakunya gangguan seksual dan memberi peluang kepada mana-mana yang mahu menyamar jadi transgender dan masuk dengan bebasnya kemudahan awam seperti tandas wanita,kolam mandi wanita ruang solat wanita sekaligus menganggu muslimah Islam di Malaysia yang wajib menjaga auratnya terutama di masjid dan surau.
Jadi kami mendesak agar YB Mujahid mengeluarkan kenyataan tegas bahawa golongan transgender ini hanya dibenarkan menggunakan public places yang dikhususkan oleh lelaki sahaja atau difikirkan suatu mekanisme lain oleh kerajaan sebagai solusi kepada masalah ini.

10 . Baru-baru ini Dr.Nur Ilyani Binti Mohamed Nawawi,yang merupakan seorang doktor perubatan telah menyuarakan prinsip tegasnya dan mempersoalkan hak yang dituntut oleh golongan LGBT dalam satu surat terbuka yang ditujukan kepada Cik Puan Marina Mahathir.Kami mendapat tahu beliau kini telah dirujuk ke Biro Pengaduan Awam untuk diambil tindakan tatatertib oleh Ketua Jabatan kerana teguran ikhlasnya berkaitan tuntutan amalan songsang LGBT.
Justeru kami ingin bertanya apakah *HAK KEBEBASAN BERSUARA* hanya menjadi milik mutlak pendukung LGBT sahaja?

11. Maka dengan ini kami *MENDESAK AGAR KENYATAAN YB MUJAHID BIN YUSOF RAWA YANG MENGELIRUKAN DAN DIBIMBANGI MENGUNDANG BARAH DALAM MASYARAKAT DITARIK BALIK SERTA MENDESAK AGAR TIADA SEBARANG TINDAKAN TATATERTIB DIKENAKAN KEPADA DR.NUR ILYANI BINTI MOHAMED NAWAWI*

Salam hormat:
Normala Binti Sudirman
1.Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Negeri Johor .
2. Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Negeri Johor.