KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS PERAK
Pemuda Perak Membantah Kristianisasi Terbuka
1) Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Perak) membantah dengan tegas penganjuran “All Malaysian-Golden Gate Revival Convocation (AMGGRC)” di Calvary Life Assembly Chinese (CLAC), Melaka, pada 15-18 Jun dan “All Borneo Revival Convocation 2017” di BEM On The Rock, Miri, Sarawak, pada 22-25 Jun.
2) Penganjuran ini jelas mencabar perlembagaan Malaysia Perkara 11(4) yang menegaskan bahawa penyebaran agama bukan Islam kepada khalayak Islam adalah dilarang. Jika penganjur tidak berniat mencabar, mengapa perlu ditular dan diwarkan-warkan dalam laman sesawang?
3) Lebih mengguris hati masyarakat Muslim di Malaysia apabila program ini turut menyambut Jubli 50 tahun penjajahan regim zionis terhadap Kota Jerusalem. Palestin merupakan kota suci umat Islam malahan Malaysia antara negara yang tidak mengiktiraf negara haram Israel. Mengapa penganjur memilih Malaysia untuk meraikan sambutan ini?
4) DPPN Perak mendesak Kerajaan Malaysia, bersama Kerajaan Negeri terutamanya Jabatan agama seperti JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri mengambil tindakan yang efektif dan proaktif bagi menyekat dakyah kristianisasi juga budaya pluralism terhadap masyarakat Muslim di Malaysia.
5) DPPN Perak menyatakan pendirian bahawa tiada masalah bagi penganut Agama lain untuk beramal dengan ajaran mereka, namun begitu tindakan penganjuran secara umum dengan niat tersembunyi tanpa memikirkan sensitiviti rakyat Malaysia adalah dilarang sama sekali.
6) DPPN Perak turut menyeru masyarakat Muslim di Malaysia khususnya di Perak agar mengukuhkan kefahaman dalam Islam dalam masa yang sama mengamalkan Islam secara keseluruhan dan bersama melaksanakan tanggungjawab kita untuk berdakwah menyampaikan Islam kepada keluarga juga masyarakat.
“Sedia Memerintah”
“Mara Menuju Cita”
“Sejahtera Bersama Islam”
Syakirin Hussin
Ketua Penerangan Pemuda PAS Perak
10 Ramadhan 1438H / 10 Jun 2017
{jathumbnail off}