Home Kenyataan Media PAS Perlis

Kenyataan Media PAS Negeri Perlis Berhubung Isu Salafi Jihadi

1,580 views
SHARE

KENYATAAN MEDIA BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI PERLIS

TUNTUT PENJELASAN MAIPs BERKAITAN PENULARAN FAHAMAN SALAFI JIHADI DI PERLIS

1. Fahaman Salafi Jihadi merupakan fahaman ekstremis yang sangat merbahaya kerana boleh membawa kepada ancaman ketenteraman awam dan keselamatan negara kita.

2. Menurut Ketua Polis Negara, fahaman salafi Jihadi ini merupakan ideologi yang menjadi pegangan kumpulan-kumpulan pengganas seperti Daesh, ISIS, Kumpulan Abu Sayyaf dan JI.

3. Terbaru, Bukit Aman telah mengesahkan penahanan seramai lapan suspek berfahaman Salafi Jihadi di beberapa lokasi di negara ini, yang disyaki terlibat dalam kegiatan pengganas.

4. Kesemua suspek yang ditangkap pula dilaporkan pernah menjadi tenaga pengajar atau pelajar di sebuah pusat pengajian yang terletak di Perlis.

5. Justeru PAS Perlis meminta MAIPs tampil memberi penjelasan berhubung perkara tersebut kerana ia melibatkan faktor keselamatan dan kedaulatan negeri dan negara yang perlu ditangani dengan sebaiknya tanpa ada kompromi dengan golongan yang berkemungkinan berselindung disebalik amalan sunnah yang dikaitkan dengan amalan dan pegangan Negeri Perlis.

Yang Bertanggungjawab
YB MOHD SHUKRI BIN RAMLI
Pesuruhjaya PAS Negeri Perlis
7 Oktober 2018M / 27 Muharram 1440H