Home Kenyataan Media PAS Kedah

KENYATAAN MEDIA PAS KAWASAN SUNGAI PETANI

816
SHARE

 

KENYATAAN MEDIA PAS KAWASAN SUNGAI PETANI

PAS Kawasan Sungai Petani mengambil maklum serangan bertali arus terhadap batang tubuh Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor sejak kebelakangan ini lebih-lebih lagi PRN di 6 negeri akan diadakan tidak berapa lama lagi.

PAS Kawasan Sungai Petani bersepakat dengan pendirian Pesuruhjaya PAS Kedah, YB Dato’ Ahmad Bin Yahaya untuk terus mempertahan kepimpinan Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor dalam menerajui pentadbiran Negeri Kedah.

Langkah politik lapuk pimpinan PH+BN untuk membuat ‘character assassination’ Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor sudah tidak relevan kerana segala fitnah yang dilemparkan dapat dijawab dengan padu dan berfakta melalui media social kepada rakyat Malaysia seluruh dunia.

Perlu diingat suatu ketika dahulu PMX, Dato’ Seri Anwar Ibrahim sering melaungkan bahawa kezaliman yang dilakukan terhadap beliau yang ketika itu di blok pembangkang oleh UMNO/BN tidak akan diulangi sekiranya diberi mandat memegang tampuk pentadbiran negara.

Malangnya ia hanyalah slogan penyedap halwa telinga dalam ceramah hakikatnya amat bertentangan dengan tindakan yang dilakukan kini.

InsyaAllah, PAS Kawasan Sungai Petani semakin bersemangat untuk melawan segala bentuk tekanan yang dibuat oleh rejim di Putrajaya terhadap negeri-negeri pembangkang yang diterajui oleh PAS. Roda kehidupan akan sentiasa berputar, ada masanya kita berada dipuncak dan di masa yang lain terperosok ke bawah sebagai medan ujian keimanan oleh Allah SWT.

Sekian, terima kasih.

‘MALAYSIA SEJAHTERA’

‘Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua’

 

Ustaz Haji Sharir Long

Yang Di-Pertua

PAS Kawasan Sungai Petani

17 April 2023 | 26 Ramadan 1444H