Home Artikel PAS Johor

KENYATAAN MEDIA: Kesal Tindakan Mazlee Mempertahankan Dan Mengekalkan Lantikan Noor Azimah Abdul Rahim Dalam Majlis Pendidikan Kebangsaan (MPPK)

905 views
SHARE

KENYATAAN MEDIA:
Kesal Tindakan Mazlee Mempertahankan Dan Mengekalkan Lantikan Noor Azimah Abdul Rahim Dalam Majlis Pendidikan Kebangsaan (MPPK)

3 Ogos 2018 / 8 Zulhijjah 1459H
Oleh : Lajnah Pendidikan PAS Negeri Johor.

1.Pengumuman Menteri Pendidikan Malaysia ,YB Dr Mazlee Malek pada 1 Ogos 2018 lalu tentang pelantikan seramai 7 orang untuk menganggotai Majlis Pendidikan Kebangsaan (MPPK) termasuk seorang aktivis G25, Datin Noor Azimah Abdul Rahim yang difahami berfahaman pro Islam liberal dan sekular bagi sesi 2018-2020 menimbulkan keresahan dan kegusaran khususnya ummat Islam .

2. Lajnah Pendidikan Badan Perhubungan Negeri Johor ingin melahirkan rasa kesal dan dukacita atas tindakan Menteri Pendidikan Malaysia ,YB Dr.Mazlee Malek yang masih terus mempertahankan keanggotaan Noor Azimah Abdul Rahim dalam Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK) sebagaimana yang dilaporkan pada 2 September 2018 dalam Akhbar Sinar Harian walaupun telah dibantah banyak pihak sebelum ini.

3. Sebelum ini kami telah melahirkan kebimbangan dan menzahirkan bantahan melalui kenyataan media berhubung pelantikan ini kerana dibimbangi akan membuka ruang kepada golongan liberal untuj menerapkan idea dan kecenderungan ini dalam dasar dan sistem pendidikan kebangsaan di Malaysia.

4. Semua sedia maklum,Datin Noor Azimah pernah mengeluarkan pandangan kontroversi ,bantahan dan mempersoalkan tindakan Pegawai Pendidikan Daerah Kuantan yang menguatkuasakan peraturan bagi pelajar-pelajar Islam agar berdisiplin dan mereka diwajibkan menunaikan solat sebelum pulang ke rumah masing-masing.

5. Keengganan YB Dr.Mazlee Malek untuk menilai kembali kedudukan Noor Azimah Abdul Rahim dalam MPPK adalah tindakan yang cukup mengecewakan ,mengejutkan serta menimbulkan kekecewaan sekaligus dianggap tidak mempedulikan langsung bantahan NGO-NGO,ibu bapa dan aktivis pendidikan yang cukup bimbang kebarangkalian wujudnya dasar dan sistem pendidikan yang menjurus kepada fahaman liberal.

6 Sedangkan kita mengimpikan agar generasi masa hadapan dapat dibentuk sahsiahnya agar mematuhi ajaran Islam dan menjadi pelajar yang memiliki jatidiri unggul dalam menghadapi gejala sosial yang kian meruncing mutaakhir ini.

7. Kita sedia maklum bahawa Datin Noor Azimah Abdul Rahim, merupakan Pengerusi Kumpulan Bertindak Ibu Bapa bagi Pendidikan (PAGE), juga anggota pergerakan G25 melibatkan 25 orang (ketika penubuhannya) yang menggelarkan diri mereka sebagai ‘Muslim Moderate’ sering membuat kenyataan tentang beberapa perkara berkaitan sistem perundangan Malaysia, kedudukan institusi agama Islam, pentafsiran hukum fiqh selari dengan fahaman Islam Liberalis dan Sekular.

8 .Kita sedar bahawa bahawa fahaman liberisme ada persamaan dengan fahaman pluralisme, feminisme, kebebasan bersuara, hak asasi manusia, LGBT, kristianisasi serta Evangelis yang ingin bertujuan merosakkan pegangan umat Islam kepada ajaran Islam yang sebenarnya. Pergerakan ini dibimbangi boleh mengancam keharmonian dan kestabilan dalam negara pada masa akan datang .

9. PAS Negeri Johor juga ingin melahirkan kebimbangan kebarangkalian adanya unsur-unsur dan penerapan nilai-nilai fahaman Islam liberal yang jelas bertentangan dengan syariat Islam bakal merosakkan minda anak -anak yang diharapkan untuk mewarisi kimpinan negara pada masa akan datang.

10. Justeru, kami menyeru para ibubapa, PIBG, Kesatuan Guru, Ngo-Ngo Pendidikan Islam dan warga pendidik serta aktivis pendidikan agar perlu segera bangkit menyatakan bantahan secara konsisten berhubung pelantikan Noor Azimah ini dalam Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan.

11 .Kita sedia maklum bahawa Datin Noor Azimah juga pernah terlibat dalam program DLP (Dual Language Program) yang dibantah banyak pihak kerana bercanggah dalam Akta Pendidikan Kebangsaan dan Akta 152 dalam pendidikan negara.

12. Orang ramai diminta melayari dan membuat undian di :www.gopetition.com/petitions/selamat-pelajar-muslim-malaysia.html”>SELAMATKAN PELAJAR-PELAJAR MUSLIM MALAYSIA – JOM TANDATANGAN PETISYEN BANTAH LANTIKAN DATIN NOR AZIMAH ABDUL RAHIM SEBAGAI ANGGOTA MAJLIS PENASIHAT PENDIDIKAN KEBANGSAAN

13. Justeru ,Lajnah Pendidikan Badan Perhubungan Negeri Johor dengan ini mendesak agar Kementerian Pendidikan Malaysia jangan tunduk kepada tekanan mana -mana pihak dan mengambilkira pandangan banyak pihak agar menggugurkan pelantikan Datin Noor Azimah dalam Pasukan Penasihat Pendidikan Kebangsaan seberapa segera sebelum nasi menjadi bubur .Bertindak sebelum terlambat!.

Terima kasih .

Salam hormat:
NORMALA BINTI SUDIRMAN
1.Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Negeri Johor
2.Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Negeri Johor.