Home Artikel PAS Johor

KENYATAAN MEDIA: ISU PEMBUANGAN TOKSIK DI PASIR GUDANG : BERTINDAK SEGERA SEBELUM TERLAMBAT

971 views
SHARE

KENYATAAN MEDIA:
ISU PEMBUANGAN TOKSIK DI PASIR GUDANG : BERTINDAK SEGERA SEBELUM TERLAMBAT

1. Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar(LATAS) Dewan Muslimat PAS Malaysia ingin melahirkan rasa dukacita dan merakamkan ucapan takziah atas ujian yang menimpa warga Pasir Gudang,Johor akibat pencemaran toksik di Sungai Kim Kim ,Pasir Gudang sejak 7 Mac lalu ,baru-baru ini.

2. Kesan pencemaran toksik dari Sungai Kim Kim ,Pasir Gudang ini telah telah meninggalkan implikasi buruk hingga menyebabkan pengumuman dibuat iaitu sebanyak 34 buah sekolah di sekitar Pasir Gudang terpaksa ditutup pada 13 Mac 2019 ,hari ini.

3. Ancaman sisa toksik yang semakin serius dan membimbangkan ini juga telah mendapat perhatian Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar yang menzahirkan kemurkaan baginda terhadap perbuatan pihak yang tidak bertanggungjawab yang telah membuang sisa bahan kimia ke Sungai Kim Kim.

4. Sehingga tarikh 12 Mac 2019, angka yang terlibat telah menunjukkan peningkatan yang membimbangkan apabila seramai 207 orang mangsa direkodkan dengan 29 mangsa dirujuk ke Klinik Kesihatan, 77 mangsa ke Hospital Sultan Ismail dan 35 orang ditahan di
wad. Manakala seramai 4 orang mangsa terpaksa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU). Angka ditahan di wad biasa dan ICU ini tidak termasuk mangsa yang terlibat dalam gelombang pertama selepas insiden ini berlaku.

5. Apa yang paling membimbangkan ,statistik ini semakin meningkat lagi sehingga berjumlah seramai 566 orang mangsa yang melibatkan orang awam dan pelajar sekolah serta warga pendidik.Arahan serentak seluruh negeri Johor agar mengadakan Solat Hajat selepas Solat Jumaat pada 15 Mac 2019 disambut baik dan dialu-alukan bagi mendoakan agar mangsa pulih seperti sediakala dan penduduk dilindungi dari segala mara bahaya.

6. Kerajaan Negeri Johor juga digesa mengisytiharkan darurat jika keadaan semakin kritikal demi nyawa dan keselamatan orang awam sebelum terlambat .Kejadian yang pernah berlaku di Sungai Gatom, Labis ,Johor pada tahun 2006 akibat pembuangan gas ammonia dan sisa toksik oleh pihak yang tidak bertanggungjawab telah menyebabkan penduduk Labis diarah meninggalkan kediaman masing – masing kerana pengisytiharan darurat diumumkan . Pada waktu itu , ramai yang diarah meninggalkan rumah masing -masing kerana mengalami sesak nafas dan pengsan harus menjadi iktibar semua pihak khususnya di negeri Johor.

7. Pengumuman terkini kerajaan yang memberi peruntukan sebanyak 6.4 juta bagi mengatasi pencemaran ini disambut baik oleh PAS, tetapi tindakan drastik dan langkah mengatasi serta pengumuman mengistiyharkan darurat seberapa segera perlu diambil sebelum terlambat kerana keadaan di Pasir Gudang semakin serius dan membimbangkan serta mengancam nyawa penduduk .

6. Kerajaan digesa mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab serta mengheret pesalah ke muka pengadilan dan menerima hukuman setimpal kerana tindakan tidak bertanggungjawab ini telah mengancam nyawa rakyat yang tidak bersalah dan anak -anak yang tidak berdosa.

7.Kerajaan juga digesa memberi pampasan kepada penduduk tanda keprihatinan dan membiayai kos perubatan penduduk serta baikpulih prasarana kesan pencemaran toksik ini tanda keprihatinan terhadap rakyat pada masa akan datang .

8. Persoalannya ,apakah punca keadaan ancaman toksik ini berlaku semakin serius kerana kelewatan pihak yang bertanggungjawab untuk bertindak ?Apakah kelewatan bertindak mengatasi insiden ini sejak 7 Mac 2019 ,adalah kerana faktor untuk menjimatkan kos pembersihan?.

9. Menteri Tenaga Sains ,Teknologi ,Alam Sekitar dan Perubahan Iklim ,YB Yeo Bee Yin dan Exco Kesihatan Negeri Johor,YB Dr.Shahruddin Bin Jamal diharap dapat mengambil tindakan yang sewajarnya demi keselamatan nyawa dan kebajikan penduduk terlibat sebelum nasi menjadi bubur.
Bertindak sebelum terlambat!

NORMALA SUDIRMAN

Pengerusi
Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar(LATAS)
Dewan Muslimat PAS Malaysia
Merangkap
Ketua Penerangan
Dewan Muslimat PAS Negeri Johor.
13 Mac 2019 bersamaan 6 Rejab 1440H.