Home Berita PAS Johor

Kenyataan Media: Isu Daging Kambing Dicampur Babi Menghiris Hati Ummat Islam, Bertindak Sebelum Terlambat

668
SHARE

Kenyataan Media Presiden Sekretariat Suara Pengguna Prihatin Malaysia (SPPM)

19 Julai 2017 l 25 Syawal 1438 H

ISU DAGING KAMBING DICAMPUR BABI MENGHIRIS HATI UMMAT ISLAM,  

BERTINDAK SEBELUM TERLAMBAT

1.Sekretariat Suara Pengguna Prihatin Malaysia(SPPM) melahirkan rasa kesal dengan  tindakan pengimport produk dan  pengusaha tempatan daging sejuk beku yang yang rakus mengaut keuntungan sehingga tidak menghiraukan sensitiviti Ummat Islam dengan penemuan 4 kontena daging kambing bercampur daging babi di dalam kontena yang sama pada 16 Julai 2017 yang lalu.

2.Penemuan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) yang dilaporkan telah menyita 4 kontena berisi daging kambing bercampur daging babi dalam serbuan di Pelabuhan Tanjung Pelepas, Gelang Patah Johor dipercayai dibawa masuk dari Sepanyol begitu mengejutkan kerana  bekalan daging anggaran 120 tan bernilai kira -kira 2 juta yang dirampas dalam 1 serbuan sekitar jam 1 tengahari, bukanlah jumlah yang sedikit.Persoalannya ,berapa ramai lagikah pengguna muslim yang telah membeli daging akan menjadi mangsa perbuatan tidak bertanggungjawab  ini ?

3.Dilaporkan sebanyak 74 kontena telah terlepas sebelum ini dan pendedahan ini cukup mengguris hati dan menimbulkan keresahan pengguna Muslim di Malaysia. Melalui pemeriksaan awal, MAQIS menemui 160 kotak daging babi disusun secara bercampur dengan 1,142 kotak daging kambing dalam kontena pertama,selain kira-kira 30tan daging kambing pada kontena kedua dan ketiga . Jika cukup keterangan selepas siasatan dijalankan , MAQIS boleh mendakwa pengimport dengan izin bertulis dari pendakwaraya mengikut Seksyen 11(1) Akta MAQIS 2011 yang jika disabitkan kesalahan boleh didenda maksum RM100,000 atau penjara tidak lebih dari enam tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama.

4.Pengimport produk atau peniaga harus sedar bahawa isu produk makanan halal atau haram bagi Ummat Islam di negara ini harus diperhalusi dan tiada kompromi dalam memastikan setiap produk perlu memenuhi piawaian tertentu bagi memastikan hak pengguna muslim terjamin dan tidak menimbulkan keresahan serta keraguan Ummat Islam di Malaysia kerana majoriti penduduk negara ini  adalah beragama Islam.Justeru hak ini perlu dihormati dan ada peraturan yang perlu dipatuhi .

5.SPPM mendesak agar siasatan dilakukan dengan teliti dan terperinci oleh pihak yang bertanggungjawab  dan  hukuman setimpal mesti dikenakan terhadap pengimport produk dan pengusaha tempatan yang cuai dan rakus mengaut keuntungan tanpa memikirkan sensitiviti majoriti pengguna Muslim di negara ini.Ini adalah penting supaya menjadi pengajaran bagi peniaga yang lain agar kejadian seperti ini tidak akan berulang lagi pada masa akan datang.

6.Kami merakamkan ucapan tahniah kepada pihak MAQIS atas penemuan dan rampasan terhadap 4 kontena daging kambing bercampur daging babi. Sekurang-kurangnya pendedahan ini akan menyebabkan semua pengguna di Malaysia berwaspada dan meninggalkan makanan yang meragukan dan tidak membeli sesuatu produk yang menimbulkan  perasaan was-was terutama di musim perayaan yang  berkemungkinan ada pengguna yang akan membuat persiapan menyediakan juadah untuk jamuan atau rumah terbuka AidilFitri yang masih berbaki beberapa hari lagi. Ini adalah ingatan untuk kita bersama.

7.Kami ingin menasihati pengguna muslim akan tinggalkan apa yang menjadi keraguan dan apa yang menimbulkan perasaan was-was ,selain bertenang dengan pendedahan isu ini serta menyerahkan kepada pihak yang bertanggungjawab untuk mengambil tindakan sewajarnya agar insiden seperti ini tidak akan berulang lagi.

8.SPPM juga menggesa rakyat Malaysia agar  menjadi pengguna yang bermaklumat dan berwaspada agar apa yang kita beli termasuk produk makanan yang kita makan  terjamin halal .Mari kita berdoa agar rakyat Malaysia khususnya Umat Islam di negara ini  sentiasa dilindungi oleh ALLAH SWT dari segala mara bahaya dan sentiada dilindungi  serta sentiasa berada dalam kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.

 

“Pengguna Bermaklumat,Negara Sejahtera”

*SEJAHTERA BERSAMA ISLAM*

Sekian.Terima Kasih.

 

Salam hormat:

Pn.Normala Binti Sudirman

Presiden Sekretariat Suara Pengguna Prihatin Malasia(SPPM).

2.Setiausaha Lajnah Pengguna & Pekerja PAS Pusat.

{jathumbnailoff}