Home Kenyataan Media Dewan Pemuda PAS Malaysia

KENYATAAN MEDIA DPPM | Tragedi Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah : Pemuda PAS Rakam Takziah, Lancar Derma Kilat

482
SHARE

KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA
14 SEPTEMBER 2017 l 23 ZULHIJJAH 1438

“TRAGEDI KEBAKARAN PUSAT TAHFIZ DARUL QURAN ITTIFAQIYAH : PEMUDA PAS RAKAM TAKZIAH, LANCAR DERMA KILAT”

1. Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) hari ini berkongsi kesedihan dengan seluruh warga Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyyah, Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur yang mengalami tragedi kebakaran awal pagi ini. Setakat ini dilaporkan seramai 24 orang mangsa terdiri daripada pelajar dan tenaga pengajar disahkan terkorban oleh pihak berkuasa.

2. Seluruh negara tentunya terkejut dan simpati dengan tragedi yang menimpa anak-anak yang sedang menuntut ilmu ini. Pastinya ia satu ujian yang sangat besar terhadap keluarga mangsa yang terlibat. Tidak ada kalimah dan ucapan yang paling sesuai melainkan bersabar dan berdoa agar setiap kehilangan ini diberikan ganjaran yang besar oleh Allah SWT di kemudian hari.

3. DPPM memohon semua pihak agar mengelakkan sebarang kenyataan berbentuk prejudis dan mengandungi persepsi negatif. Kita serahkan kepada pihak berwajib untuk melaksanakan siasatan yang sewajarnya. Di pihak kami, satu kutipan derma kilat dilancarkan segera bagi membantu meringankan beban sedikit sebanyak mangsa yang terlibat.

4. Kepada mana-mana pihak yang igin menyalurkan derma melalui DPPM boleh salurkan sumbangan melalui akaun Maybank 563019256220 atas nama DANA PRIHATIN UMMAH.

Sejahtera Bersama Islam
Mara Menuju Cita

USTAZ MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Ketua
Dewan Pemuda PAS Malaysia

{jathumbnail off}