Home Kenyataan Media PAS Kedah

Kenyataan Media Dewan Ulamak PAS Negeri Kedah

1231
SHARE

Dewan Ulamak PAS Negeri Kedah menghargai kerendahan dan keterbukaan hati Tuan Guru Sheikh Zainal Asri diatas permohonan kemaafan secara terbuka diatas segala kesilapan dan kekhilafan yang berlaku.

2.Kesediaan Tuan Guru menerima teguran inilah yang patut di contohi oleh semua pihak walaupun bilangan penuntut ilmu yang mengikuti kuliah secara atas talian mencecah puluhan ribu setiap kali kuliah.

3.Pendekatan yang baik oleh Jabatan Agama Islam Negeri Kedah dengan mengadakan pertemuan tertutup adalah sangat dihargai.

4.Dewan Ulamak PAS Negeri Kedah mengharapkan semua pihak dapat menerima permohonan maaf ini dan tiada sebarang sekatan kepada Tuan Sheikh.

5.Kami mendokan semoga kedah akan lebih semarak lagi dengan Ilmu dan Ulamak. Nabi Muhammad SAW bersabda: Dua golongan jika baik baiklah seluruh manusia, dan jika rosak, rosaklah seluruh manusia iaitulah Ulamak dan Umarak.

Sheikh Mohamad Rodi Bin Abdul Rahman

Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Kedah

12 Zulkaedah 1443H / 12 Jun 2023M