Home Kenyataan Media PAS Wilayah

Kenyataan Media Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

517
SHARE

Isu Kartel Daging Haram: Hentikan Tuding-Menuding

  • Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) memandang serius berkenaan isu kartel daging haram yang menggemparkan negara sekarang. Isu ini amat dekat di hati rakyat khususnya umat Islam kerana ia melibatkan aspek halal-haram makanan.

  • Terdapat pelbagai dakwaan yang sedang tular sehingga menimbulkan kegusaran dan kemarahan umat Islam. Bukan sahaja umat Islam sebagai pengguna terjejas dalam isu ini, ia turut melibatkan nasib peniaga yang tertipu dengan syarikat pembekal daging import haram.

  • Kami sedar akan hakikat isu kartel daging haram agak kompleks dan rumit kerana urusan pemantauan daging import di Malaysia melibatkan pelbagai agensi kerajaan seperti Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan (KMM), Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS), Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

  • Antara persoalan penting dalam isu ini ialah bagaimana daging haram tersebut berjaya melepasi pemeriksaan di kawalan pintu masuk negara.? Adakah benar dakwaan bahawa wujudnya amalan rasuah dalam kalangan agensi-agensi yang terlibat.?

  • Justeru, kami menggesa pihak kerajaan agar segera menubuhkan pasukan khas siasatan dan mempertimbangkan penubuhanan Suruhanjaya Siasatan Diraja agar isu ini dapat disiasat ke akar umbi secara telus, tegas dan seadilnya.

  • Rakyat tidak mahu melihat aksi tuding-menuding dan berlepas diri antara sesama agensi yang bertanggungjawab dalam hal ini. Apa yang penting, rakyat mahukan penjelasan lanjut dan tindakan penyelesaian. Siapakah dalang utama pengkhianat negara yang sanggup memberi dan menerima rasuah sehingga daging haram yang menggunakan logo halal palsu terlepas ke pasaran.? Heretlah mereka ini segera ke muka pengadilan.

Mohammad Rashidi Abdul Razak
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan
29 Disember 2020