Home Berita PAS Melaka

PAS Tangga Batu lancar jentera pilihan raya

505
SHARE

Oleh : Kamil Saufee

TANGGA BATU, 30 Dis: PAS Kawasan Tangga Batu telah melancarkan Jentera Pilihan Raya bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU-15) yang mungkin berlangsung pada bila-bila masa.

Ucapan perasmian telah disampaikan oleh Ketua Penerangan PAS Melaka, Bakri Jamaluddin dalam satu program yang berlangsung di Markaz PAS Darul Taalim, Sungai Udang, di sini, malam tadi.

Dalam ucapan perasmiannya, Bakri yang juga merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Tangga Batu, meminta agar ahli sentiasa memberi sokongan dalam gerak kerja pilihan raya tidak kira siapa yang menjadi calon sama ada PAS, UMNO mahupun BERSATU.

Simbolik pelancaran telah disempurnakan oleh Timbalan Pesuruhjaya-2 PAS Melaka, Ustaz Imran Abd Rahman dengan menyerahkan bendera parti yang merupakan lambang panji-panji PAS kepada semua Pengarah Jentera Pilihan Raya DUN (JPrD).

Sebelum itu, turut diadakan Kuliah Haraki Modul ILPAS ‘Akidah Perjuangan’ yang juga telah disampaikan oleh Ustaz Imran.

Turut hadir dalam majlis ini Pengarah Pilihan Raya PAS Melaka, Bahiki Ismail, Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Tangga Batu, Rafie Ahmad serta barisan ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Tangga Batu.