Home Artikel PAS Sabah

Ceramah Penyatuan Ummah Sabah pikat ribuan hadirin.

287 views
SHARE

Oleh : Asikin Ahmad

21 September 2019

TAWAU : Ceramah Umum Penyatuan Ummah yang diadakan di Hotel De’ Choice, dekat sini semalam telah dihadiri oleh kira-kira seribu orang.

Program anjuran PAS Kawasan Tawau itu julung kali diadakan di negeri ini selepas termeterainya Piagam Muafakat Nasional dan bertujuan untuk memberi penerangan kepada masyarakat tentang muafakat penyatuan ummah.

Sesi ceramah dimulakan oleh AJK UMNO Tawau, Tahir Lajiwa yang mewakili UMNO Tawau diikuti oleh ucapan daripada Pesuruhjaya PAS Sabah, Aminuddin Aling.

Kemuncak majlis itu telah disempurnakan dengan ceramah yang disampaikan oleh Timbalan Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man yang mengupas pentingnya kerjasama antara PAS dan UMNO khususnya dalam merangka muafakat bersama.

Ceramah yang mendapat sambutan luar biasa ini turut menampilkan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Dato’ Dr Ustaz Nik Zawawi Salleh selaku penceramah disamping dihadiri oleh AJK PAS Pusat, Mohamad Bin Husain.