Home Kenyataan Media PAS Kedah

Kenyataan Media Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah : Tahniah Kerajaan Negeri Kedah Bebas Judi 2023

203
SHARE

TAHNIAH KERAJAAN NEGERI KEDAH BEBAS JUDI 2023

Pemuda PAS Negeri Kedah menzahirkan ucapan tahniah atas keberanian kerajaan negeri yang dipimpin oleh YAB Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menamatkan operasi premis perjudian dan loteri di Kedah sepenuhnya. Kini, tiada lagi kedai judi yang mempunyai lesen untuk dibenarkan beroperasi.

Tindakan ini adalah selaras dengan matlamat pemerintahan kerajaan islam yang berlandaskan Al quran dan As sunnah yang mengharamkan judi. Kini, fasa pelaksanaan pihak berkuasa tempatan (PBT) diarah memantau dan memastikan semua premis perjudian terbabit mematuhi arahan yang diputuskan sejak November 2021 lalu itu.

Selepas Kelantan dan Terengganu, kini kerajaan yang ditadbir oleh PAS di Kedah pula mengikut jejak yang sama. In Sha Allah berkat dari mengikut arahan Allah Kedah akan dapat lebih banyak rezeki yang telah disusun.

Pemuda PAS Kedah bersama dengan YAB Sanusi dalam hal ini walaupun terdapat pihak yang tidak berpuas hati dengan hal ini. Tiada yang lebih utama dari perintah Allah. Selain itu, judi ini juga boleh meruntuhkan institusi kekeluargaan dan bukan mengkayakan.

Kerajaan Persekutuan (Kerajaan campuran) digesa untuk melakukan hal yang sama bukan sekadar berbangga dengan menurunkan cabutan sahaja. Ahli parlimen islam dalam kerajaan usahlah berdiam diri dan bangun menyatakan hasrat untuk membersihkan judi di negara ini. Jadikan azam tahun baru 2023 mengikut arahan Allah.

Saiful Syazwan Bin Shafie,

Ketua Penerangan,

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah.