Home Berita PAS Kedah

KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH

508
SHARE

KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH

30 Mac 2023

 

SEMANGAT FEDERALISME TERHAKIS DIDALAM PEMERINTAHAN PMX

 

1. Pemuda PAS Kedah sentiasa meneliti isu-isu berkaitan antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri Kedah.

 

2. Terkini, Pemuda PAS Kedah mendapat makluman bahawa terdapat arahan daripada Kerajaan Persekutuan untuk tidak melibatkan Menteri Besar Negeri Kedah di dalam acara LIMA 2023 yang akan diadakan di Pulau Langkawi.

 

3. Acara LIMA 2023 merupakan acara yang telah lama diadakan di Pulau Langkawi. Kerajaan Persekutuan sebelum ini tidak pernah sesekali berkelakuan sepertimana Kerajaan Persekutuan sekarang, yang tidak ingin melibatkan Menteri Besar Negeri Kedah dalam acara berkenaan.

 

4. Pemuda Pas Kedah ingin mengingatkan Kerajaan Persekutuan bahawa Pulau Langkawi terletak di dalam Negeri Kedah. Adalah tidak wajar acara sebesar LIMA 2023 tidak melibatkan pihak Menteri Besar Negeri Kedah.

 

5. Akhir sekali, Pemuda PAS Negeri Kedah menggesa Kerajaan Persekutuan di bawah pentadbiran PMX bagi menilai kembali keputusan untuk tidak melibatkan Menteri Besar Negeri Kedah didalam acara LIMA 2023.

 

6. Pemuda PAS Negeri Kedah juga mengharapkan agar Kerajaan Persekutuan sentiasa menghormati semangat federalisme yang diamalkan di dalam perlembagaan Malaysia.

 

Ustaz Nasrun bin Othman

Ketua Pemuda

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah