Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

Kenyataan Media Bersama Wanita UMNO & Muslimat PAS

98
SHARE

KENYATAAN MEDIA BERSAMA WANITA UMNO DAN MUSLIMAT PAS

1. Wanita Muafakat Nasional Malaysia bersama berdiri teguh bersama rakyat dan kerajaan Palestine dalam mempertahankan tanahair mereka dan Masjidil Aqsa. Kami ingin bersama mempertahankan kedaulatan negara Palestine dari dijarah Israel Zionis laknatulah.

2. Zionis Israel sebenarnya sengaja mencari bala dengan menyerang Syeikh Jarah dan mengacau pertempatan tersebut lalu menghalau penduduk Islam yang telah mendiami sejak bertahun-tahun. Mereka juga membekalkan senjata kepada rakyat Israel yang menjadi pendatang kepada kawasan tersebut. Apa yang mereka tidak tahu penduduk Baitul Muqaddis merupakan manusia yang Allah bekalkan dengan hati dan jiwa yang kental serta sanggup melakukan apa sahaja yang mereka mampu untuk mempertahankan bumi Palestine biarpun dengan tangan kosong.

3. Apa yang menjadi kebanggaan dan memangkin semangat kebangkitan Palestine ialah sokongan padu rakyat Arab di sekitar Palestine biarpun kerajaan masing-masing membisu dan gagal menyatakan sokongan. Ia bertepatan dengan hadis Rasulullah;
Akan tetap ada satu kumpulan dalam kalangan umatku yang bangkit dengan gagah perkasa menegakkan kebenaran daripada Allah. Mereka tidak boleh dilunturkan semangat oleh orang-orang yang mengecewakan mereka.” Para sahabat bertanya, “Siapakah mereka, wahai Rasulullah?” Baginda SAW menjawab, “Mereka ialah penduduk Baitul Maqdis dan sekeliling Baitul Maqdis.” (Riwayat Ahmad)

4. Sesungguhnya kami ingin bersama dalam perjuangan membebaskan Palestine dengan tenaga dan harta benda kami kerana sesungguhnya kami percaya dengan ayat al Quran yang bermaksud ;
Dan apakah yang menghalang kalian (maka kalian) tidak mahu berperang di jalan Allah (untuk menegakkan agama Islam) dan (untuk menyelamatkan) orang-orang yang tertindas daripada kaum lelaki, perempuan, dan kanak-kanak, iaitu mereka yang selalu (berdoa dengan) berkata: ‘Wahai Tuhan kami! Keluarkanlah kami dari negeri (Makkah) ini, yang penduduknya (kaum kafir Musyrik) yang zalim, dan jadikanlah bagi kami daripada pihak-Mu seorang pemimpin yang mengawal (keselamatan agama kami), dan jadikanlah bagi kami daripada pihak-Mu seorang pemimpin yang membela kami (daripada ancaman musuh).’” (Surah al-Nisa’: 75)

5. Kami menyeru rakyat Malaysia seluruhnya bersatu hati dalam mendukung perjuangan Palestine dengan harta dan usaha apa yang kita mampu. Sesungguhnya perjuangan memastikan Palestine bebas dari Israel bukan sahaja perjuangan rakyat Palestine malah ia perjuangan semua umat Islam di dunia ini.

YB Senator Ustazah Nuridah binti Mohd Salleh
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia

Datuk Seri Dr Noraini Ahmad
Ketua Wanita UMNO Malaysia.

16hb Mei 2021
4Syawal 1442H