Home Kenyataan Media PAS Negeri Sembilan

Kenyataan Media Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan

63
SHARE

Kenyataan Media Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan

Seruan vaksinasi untuk capai imuniti kelompok

1- Terlebih dahulu marilah kita lihat maksud vaksin itu sendiri. Sumber daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengatakan bahawa vaksin mengandungi antigen yang berfungsi untuk merangsang sistem daya lawan jangkitan tubuh dan membentuk imuniti terhadap jangkitan penyakit khusus.

2- Justeru, tatakala negara dan dunia kini masih berada dalam suasana wabak Covid-19, wajar untuk umum mengetahui apa yang dimaksudkan dengan Vaksin COVID-19.

3 – Menurut sumber KKM, “Vaksin COVID-19 merangsang sistem imun supaya jika kita terdedah kepada koronavirus SARS-CoV-2 (severe acute respiratory syndrome coronavirus 2), badan kita boleh bertindak balas terhadap jangkitan COVID-19. Pelbagai platform seperti jujukan genetik RNA, viral vektor, virus nyahaktif dan sub-unit protein telah digunakan untuk menyediakan vaksin koronavirus yang selamat dan berkesan. Ia memberikan anda perlindungan terbaik terhadap COVID-19.”

4- Kemunculan Vaksin Covid-19 ini bermula apabila berlakunya wabak Covid-19, di mana buat pertama kali wabak itu sampai ke persisiran pantai kita pada 25 Januari 2020 dan penularan terus berlaku ke seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

5- Pada awal penularan Covid-19, terdapat 22 kes yang positif dan kini telah menjadi berganda-ganda jumlahnya dengan mencatatkan kes kematian tertinggi sehingga mencecah 300 orang lebih sehari.

6 – Justeru, kerajaan telah memperkenalkan Pelan Pemulihan Negara ( PPN) , terutama bagi menangani penularan wabak Covid-19 dan sehingga kini 1juta lebih rakyat telah dijangkiti.

7- Melalui PPN, kerajaan telah menubuhkan sebuah jawatankuasa induk yang dinamakan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 2021 ( JKJAV) pada 18 Februari 2021.

8- JKJAV berperanan menyalurkan maklumat yang tepat, memberi informasi terkini disamping memantau perkembangan Covid-19 serta merancang Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan ( PICK).

9- Manakala PICK pula telah dilancarkan pada 24 Februari lalu, memberi vaksinasi bagi membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara.

10- Sehubungan dengan itu Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan, menyeru agar semua rakyat, terutama yang tinggal di negeri ini dapat bersama-sama merealisasikan PICK yang akhirnya dapat capai imuniti kelompok dalam usaha kerajaan untuk memutuskan rantaian Covid-19.

11- Menurut Laman Rasmi KKM, sehingga tarikh 5 September, Peratusan Dewasa yang sudah menerima vaksinasi lengkap telah mencapai 68. peratus, iaitu 15,926,601 individu.

12- Melalui Laman Rasmi KKM di FB, kita dapat melihat penurunan kes jangkitan Covid-19 pada 6 September, terutama di Negeri Sembilan. Di dapati, pecahan kes baharu Covid-19 di Negeri Sembilan mencatatkan 193 individu iaitu, penurunan yang amat ketara.

13- Penurunan kes di Negeri Sembilan menjadi bukti kukuh bahawa vaksinasi dapat membendung penularan wabak Covid-19 kerana sehingga kini 80 peratus lebih warga dewasa di negeri ini telah menerima vaksinasi lengkap.

14- Menurut laporan Berita Harian Online bertarikh 4 September, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaludin memuji usaha proaktif semua pihak serta petugas kesihatan di Negeri Sembilan yang berjaya beralih ke Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) hari ini dengan penurunan kes jangkitan COVID-19 serta proses vaksinasi yang berjalan lancar.

15- BPPN9 benar-benar yakin bahawa vaksinasi berupaya membendung penularan Covid-19 dan berharap kerajaan menggesa semua negeri agar dapat mempercepatkan pemberian vaksinasi.

16- Selain warga dewasa, vaksini wajar diberikan (kepada)pada anak muda yang telah mencapai umur 18 tahun. Saya menjangkakan pilihanraya yang ke-15 akan datang , bakal melibatkan anak muda yang mencapai umur 18 (tahun) menjadi pengundi.

17- Seruan vaksinasi perlu dilaksanakan oleh semua pihak terutama kepada gololongan anti-vaksin yang memberi pelbagai informasi yang tidak tepat mengenai vaksinasi. Sebagai sebuah Keluarga Malaysia, menjadi tanggungjawab kita semua bagi memutuskan rantaian Covid-19.

Haji Rafie Mustapha
Pesuruhjaya Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan

7 September 2021