Merujuk kepada berita yang telah disiarkan oleh pihak Malaysiakini di pautan
https://www.malaysiakini.com/news/415277
Saya Shuhaimi Embong menafikan pemberitaan yang telah dibuat tersebut yang jelas telah menyeleweng dan terkeluar daripada maksud asal dan sebenar saya ketika berucap dan kemudian ditanya oleh pihak wartawan. Saya tahu saya tiada hak untuk menawarkan sesiapa untuk menjadi calon (Bahkan saya bukan Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat seperti yang disiarkan).
Saya turut ingin merakamkan kekecewaan terhadap tahap pemberitaan yang tidak profesional yang diamalkan oleh pihak media yang terbabit. Semoga rakyat Malaysia terus dibekalkan berita yang benar dan tepat dan diselamatkan dari propaganda pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
Shuhaimi Embong
12 tenghari
12hb Mac 2018