Pendedahan video yang tular sebelum ini telah menggemparkan seluruh negara khususnya Negeri Selangor. Kita mengharapkan pendedahan ini mendapat perhatian semua pihak demi keharmonian dan keadilan dalam Negeri Selangor yang tercinta.
Perkara ini melibatkan pendedahan yang melibatkan pelanggaran integriti yang menjadi asas kepada perjalanan sesebuah institusi penguatkuasaan dalam negeri dan negara kita. Dengan pemakluman pihak PDRM telah membuka kertas siasatan, saya mengharapkan kebenaran atau pun fitnah ia mesti dilakukan melalui siasatan disemua peringkat tanpa ada sebarang campur tangan mereka yang berkepentingan.
Keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang yang menjadi rukun negara kita haruslan dihormati dan kita junjung bersama.
Saya bersama seluruh ahli Dewan Pemuda PAS Selangor tidak sama sekali bersetuju dengan perjalanan mesin kuda dan pejudian yang merosakkan institusi masyarakat dalam negeri Selangor tercinta.
Begitu juga dengan isu intergriti Yang melibatkan anggota penguatkuasaan. Rakyat memberi kepercayaan dan mandat kepada seluruh anggota untuk menjaga keselamatan dan kepentingan rakyat. Saya cukup yakin perkara ini mendapat perhatian sepenuhnya oleh pihak PDRM dan MBSA.
Janganlah jadikan isu ini, sebagai isu rakyat berlawan dengan anggota keselamatan dan penguatkuasa, perlu diingat kedua-duanya adalah komponen penting dalam negara kita, berpisah tiada. berikan ruang siasatan sepenuhnya disemua peringkat. Insyallah kebenaran pasti tertegak untuk mereka yang benar.
Ustaz Hanafi Zulkapli
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor
20 Zulhijjah 1441H | 10 Ogos 2020
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan