Home Berita PAS Sarawak

KENALI KERJA JAHAT KUMPULAN PELOBI DALAM POLITIK MALAYSIA

1293
SHARE

Di akhir era 1930an, di Amerika telah mula wujud “interest group” dimana peranan mereka adalah untuk melobi dan mempengaruhi keputusan politik, dasar atau perundangan negara. Salah satunya group pelobi ini adalah kumpulan dari zionis Israel yang bertumpu pada sektor dasar luar dan hubungan antarabangsa Amerika. Perkembangan golongan pelobi ini mengheret pentadbiran negara yang bertumpu kepada pengurusan efisyen dan profesional bertukar kepada campur tangan politik berkepentingan. Wajah pentadbiran di era 40an mula menjadi sebuah demokratik tempang kerana kebanyakan keputusan dan dasar kerajaan adalah hasil daripada lobi melobi “interest group” ini dan diskriminasi kepada kumpulan tertentu terjadi. Akhirnya, Amerika sering menutup kesalahannya dengan melaungkan demokrasi mereka adalah yang terbaik, sedangkan sebaliknya.

Pengaruh kumpulan pelobi ini menular di negara-negara asing yang terpengaruh dan juga dibawa oleh kumpulan tertentu termasuk di negara kita melalui NGO antarabangsa dan juga parti politik (Latar belakang pemimpin). Bagaimana ianya bermula? Kumpulan pelobi ini akan berada pada posisi sebagai Kuasa Sosial dalam masyarakat. Mereka menaja individu tertentu secara tidak langsung dan mereka juga memberi sokongan berterusan kepadanya. Rancangan melobi ini akan dimulakan dengan membuka semua pintu utama saluran maklumat dan media dalam semua “social level” sehingga mampu mempengaruhi masyarakat dari sudut budaya, kepercayaan dan keputusan harian dalam sesebuah organisasi. Mereka berselindung di sebalik melibralisasikan sosial masyarakat sedangkan ia adalah untuk kepentingan agenda mereka.

Dari bidang kebudayan, kepercayaan dan dasar kerajaan baru dan pindaan semuanya diposisikan dengan baik sehingga kumpulan pelobi ini hanya perlu mengatur beberapa arahan terutama melalui media masa agar posisi masyarakat yang telah terpengaruh dan menerima libralisasi di setiap bidang dan segmen menjalankan peranan secara tidak langsung.

Muktakhir ini, rakyat Malaysia dipertontonkan dengan cabaran kepada integrasi nasional Negara ini . Di sana adanya kumpulan dari minoriti yang sudah merasa di diskriminasi walaupun hakikatnya tidak berlaku sedemikian, di sana juga terdapat ahli politik yang berjuang sehabisnya atas respon rakyat (yang sebenarnya dari kelibat kelompok pelobi) sehinggakan tidak menjaga prinsip perjuangan mereka sebagai “Law Maker” yang seharusnya melihat kesan keseluruhan dan bukannya terpengaruh dengan kumpulan pelobi.

Kesan buruk kepada ancaman integrasi nasional ini adalah kumpulan minoriti akan terus ditindas sekiranya mereka menurut telunjuk kumpulan pelobi ini. Mengambil contoh isu karikatur oleh Nanyang Siangpao bertarikh 10 April 2017 ianya hanya akan mencetus ketegangan dan syak antara kaum terutama Melayi dan Cina. Lapisan masyarakat yang berbeza ini akan menerima kesannya biarpun dilihat mereka sebenarnya untuk mempengaruhi pihak tertentu untuk tidak bersetuju kepada isu di Parlimen itu. Inilah kerja jahat golongan pelobi, mereka bertopeng sebagai pejuang sosial masyarakat namun hakikatnya mereka melakukannya untuk kepentingan mereka sahaja. Ini juga berlaku kepada Amerika apabila semua keputusan dasar luar negaranya dikuasai zionis. Akhirnya Zionis sebagai pengganas utama dunia dilindungi tanpa sedar. Rakyat Amerika menerika kecaman dan disana ada dikalangan mereka tidak bersetuju dengan dasar tersebut.

Persoalannya, haruskah ahli politik kita meniru demokrasi tempang sebegitu? Adakah ahli politik kita sedar akan akibat cenderung mendengar arahan kumpulan pelobi kepada integrasi nasional? Kepelbagaian di Negara kita ini tidak harus dipolar oleh ahli politik sebagai kumpulan majoriti akan mendiskriminasi minoriti dan juga kumpulan minoriti jangan diheret untuk melawan kehendak majoriti dengan kaedah konfrantasi tetapi sebaiknya semua ahli politik perlu melihat sesuatu usul atau apa-apa pindaan kepada sesuatu “demand” dari lapisan sosial tertentu dan ianya perlu didengari. Meransang rakyat menentang membuta tuli seperti sesetengah ahli politik adalah jenayah sosial yang mengheret rakyat untuk tidak bersatu padu dan berkelahi.

Peranan media terutama tidak seharusnya berat sebelah dan terpengaruh dengan agenda kumpulan pelobi ini. Etika mereka untuk membina masyarakat yang mendapat saluran maklumat yang sihat adalah perlu dan peranan mereka amat besar dalam membentuk kesefahaman dalam keputusan kepada sesuatu dasar atau undang-undang di negara ini. Akhirnya, jika ahli politik bertumpu kepada tugas sebenarnya sebagai “law maker”, media bebas, rakyat saling berpegang kepada rukun negara dan kesemua lapisan masyakat bebas dari pengaruh pelobi, demokrasi dalam kerangka “multi racial” negara kita akan terbentuk. Percayalah kepada ketentuan Tuhan yang telah mengurniakan negara ini dari pelbagai etnik dan budaya adalah untuk tunjukan kepadaNya bahawa kita boleh bersatu, saling menghormati dan membina masyarakat yang sejahtera. Kuncinya adalah semua pihak mesti bebas dari pengaruh puak pelobi dan rasional dalam berkeputusan.