Home Kenyataaan Media PAS Perak

Pemuda PAS Perak Buat Laporan Kebiadaban Media

1,456 views
SHARE

Pemuda PAS Perak Buat Laporan Kebiadaban Media


IPOH: Dewan Pemuda PAS Perak menegaskan bahawa tindakan biadab Akbar Cina Nanyang Siang Pau menyiarkan karikatur monyet serta penghinaan terbuka media dengan menyentuh senstiviti agama Islam maka Pemuda PAS Perak menyatakan bahawa karikatur tersebut jelas sekali amat mengganggu keharmonian kehidupan rakyat Malaysia berbilang bangsa dan agama.

Karikatur tersebut jelas mempersendakan dan menghina Presiden PAS yang bukan sahaja merupakan seorang Presiden Parti Islam di Malaysia malahan beliau juga merupakan Timbalan Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia yang membawa imej agama Islam serta penganutnya tidak terhad hanya di Malaysia malah seluruh dunia.

Ketua Pemuda PAS Perak, Ustaz Akmal Kamaruddin berkata demikian ketika sidang media di Bilik Sidang Media, Bangunan Darul Ridzuan, 11 April.

“Penghinaan seumpama itu bukan sahaja menyentuh senstiviti ahli PAS sahaja bahkan ia menyinggung perasaan semua umat Islam dalam dan luar Negara.

“Kebiadaban ini harus diambil tindakan agar tidak berterusan menghina Islam bahkan merosakkan keharmonian Islam dalam kalangan Non-Muslim.

“Tidak bersetuju dengan pendirian ahli Parlimen PAS bukan bermakna mereka boleh menghina Islam melalui media perdana secara terbuka. Tindakan ini jelas bermotifkan provokasi dalam melihat tindakbalas rakyat,’ tegasnya.

Akmal menyatakan walaupun Nanyang Siang Pau bermula operasinya di Singapura, sudah 93 tahun dalam arus media berita namun masih lagi tidak matang dan profesional untuk mengeluarkan sesuatu berita mahupun sisipan melalui akhbar sehingga menimbulkan marah masyarakat Muslim.

Jelasnya, Pemuda PAS Perak mendesak agar satu permohonan maaf secara bertulis dikeluarkan syarikat berkenaan kepada seluruh umat Islam agar ia menjadi peringatan kepada mana-mana pihak yang cuba menodai keharmonian Islam.

Justeru, Pemuda PAS Perak tetap menghormati suasana hidup dalam masyarakat majmuk dan tindakan seperti ini tidak mencacatkan hubungan PAS dengan non –muslim kerana kematangan PAS dalan dunia politik jelas berbeza dari parti lain.

{jathumbnail off}