Home Rencana PAS Kelantan

Kemudahan kepada individu lengkap Vaksin Covid-19, S.O.P jangan ambil ringan

73
SHARE

Mengikuti pengumuman khas yang dibuat oleh YAB. Perdana Menteri semalam mengenai pengumuman kemudahan-kemudahan bagi individu yang telah menerima vaksinasi lengkap.

Pelbagai reaksi yang diberikan oleh rakyat dan boleh dikatakan rata-rata rakyat agak gembira dan ada juga yang tidak bersetuju dengan beberapa kelonggaran yang diberikan.

Pengumuman yang dibuat oleh YAB. Perdana Menteri antaranya akan membuka lebih banyak sektor ekonomi kepada peniaga seperti aktiviti dine-in di kedai makan akan dibenarkan bagi pelanggan yang telah divaksin lengkap.

Jadi disini saya memohon dan menyeru kepada semua peniaga khususnya kepada peniaga di negeri Kelantan untuk sentiasa memakai mask dengan betul, sempurna dan menjaga SOP yang telah ditetapkan kerana seringkali saya perhatikan peniaga kedai amat mengambil ringan akan pemakaian mask dengan sering memakainya tetapi diletak dibawah dagu ketika beroperasi.

Kepada pelanggan juga jika terdapat kedai yang tidak mematuhi SOP, pilihlahlah kedai yang lebih menjaga kerana keselamatan anda lebih utama.

Bila kita dah memakai mask dan juga telah divaksin sebenarnya kita tidak hanya menjaga diri kita bahkan juga kita menjaga orang-orang disekitar termasuk keluarga, rakan kerja, pelanggan dan sesiapa sahaja yang berurusan dengan kita.

Kelonggaran yang diumumkan ini bukan bermakna kita telah bebas tetap kita tiada pilihan. Sekiranya semua pihak menyokong dan bekerjasama, Pelan Pemulihan Negara yang diumumkan ini pasti dapat dilaksanakan dengan jayanya. InsyaAllah.

YB Dr. Izani Bin Husin

drizani.com
#KELANTANKUBERSIH
#KITAJAGAKITA