Home Berita PAS Perlis

ADUN, NGO santuni penduduk Guar Sanji

90
SHARE

Oleh MUHAMMAD HADI

ARAU, 11 Ogos: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guar Sanji, Ustaz Mohd. Ridzuan Hashim hari ini turun padang menyantuni penduduk bersama-sama dengan NGO Pertubuhan Kebajikan Guar Sanji (GS Care).

Pada program yang berlangsung awal pagi tadi, beberapa orang warga emas dan anak muda yang tinggal di sekitar Simpang 3 Guar Sanji dekat sini, telah diziarahi.

Mereka turut menerima hamper makanan sumbangan GS Care yang diserahkan oleh Mohd. Ridzuan.

Hadir sama dalam program berkenaan, Setiausaha Pertubuhan Kebajikan Guar Sanji Perlis (GS Care), Saifur Ridzuan Mustafa.

Mohd. Ridzuan yang ditemui pada program berkenaan berkata, selain hamper, bendera Jalur Gemilang turut diberikan kepada mereka yang terlibat.

“Penyerahan (Jalur Gemilang) ini adalah bagi memeriahkan lagi kempen kibarkan Jalur Gemilang sempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2021 yang sedang berlangsung sekarang.

“Bagi pihak penduduk khususnya di DUN Guar Sanji, saya juga merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak GS Care yang terus aktif dalam menganjurkan pelbagai program kemasyarakatan di kawasan ini,” katanya.