Dari Jendela Pesuruhjaya PAS Selangor Dato Dr Ahmad Yunus Hairi | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
Oleh : Abu Aslah Al-Qudsi
Kuala Langat | Selain dari kempen “self lockdown” bagi menyekat perebakan dan penularan pandemik COVID-19, satu lagi cara untuk meningkatkan immuniti ketahanan badan dengan mengambil suntikan vaksin yang telah disediakan oleh pihak kerajaan.
Pesuruhjaya PAS Selangor Dato Dr Ahmad Yunus Hairi telah pun mengambil vaksin sebagai satu tanggungjawab bagi menyahut seruan kerajaan dan meningkatkan ketahanan badan bagi “melawan” serangan wabak ini.
Memetik kata-kata beliau, “usaha kerajaan untuk memastikan 70% rakyat Malaysia divaksin dan melandaikan lekuk jangkitan COVID-19 ini agar tahap kesihatan rakyat dan kestabilan negara lebih terjamin”.
“Justeru, semua pihak terutamanya rakyat awam perlu mengambil sedikit masa mendaftar vaksin dan menerima suntikan dalam tempoh masa terdekat. Saya mengajak seluruh rakyat khususnya di Selangor agar sama-sama mengambil suntikan vaksin. Saya telah divaksin, anda bila lagi? “, ujar beliau.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor