Home Berita PAS Melaka

Kemerdekaan antara sebesar-besar nikmat – TG Zulkifli

118
SHARE

Oleh IBNU JANIE
Foto ABU ANAS

TANGGA BATU, 25 Ogos: Nikmat kemerdekaan adalah antara sebesar-besar nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia, kata Pesuruhjaya PAS Melaka, Tuan Guru Zulkifli Ismail.

Menurut beliau dengan kemerdekaan itu maka umat Islam dapat melaksanakan perintah Allah SWT dan dapat melaksanakan program-program secara aman dan damai untuk mengukuhkan persaudaraan sesama Islam.

“Dan apatah lagi apabila program itu dianjurkan oleh anak-anak muda. Daripada mereka itu bersantai di tempat-tempat yang tidak bermanfaat, mereka melibatkan diri di dalam gerak kerja yang mempunyai hubungan yang kuat dengan keimanan.

“Yang disebut oleh Nabi SAW ‘sesungguhnya Allah SAW berasa hairan, kagum dengan anak-anak muda yang tidak mempunyai kecenderungan dikuasai oleh hawa nafsu yang melalaikan,” ujar Tuan Guru Zulkifli.

Beliau yang juga merupakan Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat menambah, Allah SWT menzahirkan rasa kagum dengan keperibadian anak-anak muda seperti itu kerana ia bertentangan dengan kebiasaan sifat golongan ini yang biasanya cenderung kepada perkara yang tidak bermanfaat.

“Jadi alhamdulillah apa yang kita adakan pada pagi ini adalah merupakan satu program yang disebut di dalam atsar iaitu ‘mencintai tanah air itu sebahagian daripada tuntutan iman’. Maka saya ucapkan tahniah kepada semua yang terlibat, jazakumullah.

“Saya doakan program ini berjalan dengan lancar dan sempurna. Dan ia menjadi satu program yang mempertingkatkan kecintaan kita kepada negara kita dan memperkukuhkan akan rasa syukur kita kepada Allah SWT,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Program Konvoi Santai Merdeka Tangga Batu anjuran Dewan Pemuda PAS Kawasan Tangga Batu yang berlangsung di Baitul Qurro Sungai Udang, di sini, pagi semalam.

Turut menyampaikan ucapan ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Melaka, Ustaz Mohd Hafiz Yahya dan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Tangga Batu, Kamarul Ariffin Abdullah Zauaui.

Tuan Guru Zulkifli juga telah melepaskan konvoi dari lokasi tersebut yang melibatkan sebanyak 12 buah kereta dan 17 buah motosikal terlibat di dalam program ini yang bergerak melalui jalan-jalan raya sekitar Parlimen Tangga Batu.

Program yang bermula sekitar jam 9.30 pagi di Baitul Qurro itu berakhir sekitar jam 12.30 tengah hari di Markaz PAS Pantai Kundur dengan majlis penutup disempurnakan oleh Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Tangga Batu Rafie Ahmad.

Peserta konvoi juga telah singgah di PASTI Al-Fattah 2 di Tanjung Minyak Perdana dan disambut oleh guru-guru dan murid-murid PASTI ini yang turut sama menyanyikan lagu kemerdekaan dan mengibarkan bendera Jalur Gemilang.

 

 

Para penyumbang yang budiman. Keseluruhan projek ini iaitu membina sebuah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat; sebuah bangunan tandas dan membaik pulih bangunan asal sedia ada semuanya bernilai RM900 ribu.

Buat masa ini sedang disiapkan ialah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat yang bernilai RM450 ribu daripada jumlah keseluruhan RM900 ribu.

Pada masa ini pihak kami sangat memerlukan sebanyak RM180 RIBU bagi meneruskan pembinaan dewan terbuka ini untuk MEMBELI STRUKTUR BESI SEBERAPA CEPAT YANG BOLEH untuk menyiapkan dewan terbuka ini. Kami memohon dan merayu sumbangan tuan-tuan dan puan-puan untuk tujuan ini.

Para dermawan yang sudi untuk menghulurkan sumbangan boleh menyumbang kepada akaun Bank Rakyat – PAS Kawasan Masjid Tanah di nombor akaun 1101 6481 22.

Sebarang informasi, para penderma boleh berhubung dengan Ustaz Imran sendiri di talian 019-680 6707 atau Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Kompleks, Jamarudin Ahmad di talian 012-697 2328 atau Bendahari Jawatankuasa Pembinaan, Ustaz Azmi Sambul di talian 013-378 4729.

JAWATANKUASA PEMBINAAN KOMPLEKS PAS KAWASAN MASJID TANAH