Home Kenyataan Media PAS Perlis

Kemelut Politik Perlis, PAS Tawar Penyelesaian

1054
SHARE

KENYATAAN MEDIA BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI PERLIS

KEMELUT POLITIK PERLIS, PAS TAWAR JALAN PENYELESAIAN DEMI KESEJAHTERAAN RAKYAT


1. PRU-14 hampir sebulan berlalu, Negeri Perlis masih gagal membentuk barisan kepimpinan diperingkat kerajaan Negeri. Walaupun Dato Seri Azlan Man telah dilantik sebagai Menteri Besar Perlis, tetapi kemelut politik di Perlis tidak menunjukkan petanda akan kembali damai dan kelihatan semakin meruncing.

2. Tindakan terbaru Barisan Nasional menghantar 11 nama calon Menteri Besar adalah tindakan yang tidak wajar kerana Menteri Besar telah dilantik dan mendapat perkenan DYMM Tuanku Raja Perlis.

3. PAS Perlis mencadangkan supaya diadakan kerajaan Perpaduan di Negeri Perlis demi masa depan negeri dan rakyat Perlis.

4. PAS Perlis tidak menuntut sebarang jawatan di dalam kerajaan negeri dan menasihati rakan PKR agar tidak menuntut jawatan MB yang sudah diperkenan DYMM Tuanku Raja Perlis

5. Bagi PAS, perkara yang lebih mustahak adalah selesaikan kemelut politik ini secepat mungkin supaya kerajaan negeri dapat berbakti kepada rakyat.

Yang Bertanggungjawab
YB MOHD. SHUKRI BIN RAMLI
Pesuruhjaya PAS Negeri Perlis
ADUN Sanglang

1 Jun 2018M / 16 Ramadhan 1439H