Home Berita PAS Negeri Sembilan

Seremban | Bantuan Kepada OKU Fizikal Diperlukan

763
SHARE

BANTUAN KEPADA OKU FIZIKAL DIPERLUKAN

Pada 29 Mei lalu, Jabatan Amal Malaysia Kawasan Seremban (JAMKS) telah mengunjungi satu keluarga asnaf di Taman Dusun Nyior.

Rombongan tiba sekitar jam 10:30 pagi, hasil dari maklumat yang diterima dari orang ramai & perseorangan.

Sewaktu tiba di sana, En. Kamarulzaman ada di rumah. Beliau merupakan seorang OKU kategori Fizikal di mana kakinya sebelah kanan tidak dapat dibengkokkan akibat jatuh dari tempat tinggi semasa bekerja. Mempunyai 4 orang anak, dari umur 3 tahun lebih hingga 22 tahun (telah berkahwin dan tinggal berasingan). Anaknya yang bongsu pula mengalami masalah di bahagian kepala (bengkak air) dan sering ke hospital untuk pemeriksaan berkala.

Keluarga ini adalah penerima bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM300 sebulan, serta bantuan barang dapur RM80 untuk 3 bulan dari Baitulmal.

Isteri En Kamarulzaman hanya surirumah namun ada berniaga secara kecil-kecilan di depan rumah (makanan ringan) untuk kanak-kanak kerana rumah berdekatan dengan sekolah.

Keadaan keluarga ini memerlukan perhatian dan bantuan dari kita semua untuk meringankan sedikit bebanan.
JAMKS membawa bersama keperluan barangan dapur serta sedikit sumbangan kewangan, dan bercadang untuk merangka pelan bantuan yang lebih komprehensif setelah berbincang dengan team yang lain nanti.
Buat masa ini, dalam pemerhatian JAMKS ialah keluarga En. Kamarulzaman lebih memerlukan bantuan kewangan untuk menghantar anaknya melakukan pemeriksaan termasuk perbelanjaan perubatan & pengangkutan ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.

Untuk sebarang bantuan, boleh berhubung dengan Kor Kebajikan & Kemasyarakatan, Jabatan Amal Malaysia Kawasan Seremban di talian 016-2052462 (Zabry) atau 0173465389 (Ustaz Wan).

#NegeriSembilanSejahtera
#JabatanAmalSeremban