Home Artikel PAS Perlis

DPPNPs Anjur Kembara Singgah Sahur, Hargai Jasa Anggota Pasukan Beruniform

490
SHARE

KANGAR: Tatkala orang lain sedang lena dibuai mimpi, masih ada insan-insan yang gigih melaksanakan tanggungjawab demi menjaga keselamatan dan kesejahteraan masyarakat selaku petugas malam.

Justeru, bagi menghargai peranan para petugas malam ini, Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis melalui Program Kembara Singgah Sahur telah mengagihkan sebanyak 300 bungkusan makanan kepada para anggota polis dan bomba yang bertugas pada waktu malam di seluruh negeri Perlis.

Program yang diadakan pada bulan Ramadhan setiap tahun ini juga bertujuan mengeratkan hubungan yang telah terjalin antara DPPNPs dengan pasukan-pasukan beruniform ini.

Menurut Shahrul Mutminin, pengarah Program Kembara Singgah Sahur, jasa dan bakti yang telah mereka curahkan sangatlah besar dan tidak terbalas. Justeru, masyarakat sewajarnya menghargai segala pengorbanan mereka.

“Atas sebab inilah, setiap kali menjelang Ramadhan, DPPNPs tidak jemu menganjurkan Kembara Singgah Sahur ini, sebagai tanda penghargaan kepada para anggota pasukan beruniform ini,” ujar beliau lagi.

Turut sama dalam menjayakan program tersebut adalah Saudara Nazman Che Ibrahim, Pengerusi Lajnah Pekerja, Pengguna dan Alam Sekitar, Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Azmir Azizan, Ketua Pemuda PAS Perlis dan Dr. Safizi Saidon selaku Timbalan Ketua Pemuda PAS Perlis.

Program yang bermula seawal jam 3 pagi ini telah berakhir pada jam 5 pagi.

{jathumbnail off}