Home Artikel PAS Wilayah

Muslimat Muda PAS Terus Dekati Masyarakat

714
SHARE

Ameerah Wilayah Persekutuan telah menganjurkan KEMBARA SAHUR AMEERAH pada 17 Jun lepas. Program ini bermula seawal jam 11 malam dan tamat sekitar jam 1.30 pagi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bagi menziarahi dan menyantuni staf yang bertugas shif malam dengan membekalkan Kit Sahur buat mereka.

             

Turut hadir pada program ini ialah Yang Di Pertua PAS Lembah Pantai, Ustaz Dr. Azhar Bin Yakob yang telah menyampaikan ucapan serta membacakan doa, seterusnya menyerahkan sumbangan Kit Sahur tersebut kepada wakil-wakil staf di sana. Selain itu wakil-wakil daripada Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan dan Dewan Muslimat PAS Kawasan Lembah Pantai turut hadir memberikan sokongan kepada program kedua Ameerah WP dalam bulan Ramadhan ini.

            

Muslimat Muda PAS melalui Ameerah WP hadir memberikan penghargaan ke atas jasa kakitangan hospital yang menjaga kebajikan pesakit secara khususnya dan menjalankan khidmat kepada masyarakat umumnya. Bekalan Kit Sahur diserahkan kepada kakitangan yang bertugas bagi memudahkan urusan merekauntuk bersahur dalam menyempurnakan ibadah puasa.

            

Sebanyak 250 bungkus Kit Sahur diagihkan kepada para jururawat, pasukan keselamatan, pembantu am dan pegawai perhubungan awam di pihak PPUM dengan kekuatan sukarelawan berjumlah 40 orangMuslimat Muda daripada seluruh pelusuk kotaraya datang membantu sepanjang majlis, bermula dari pembungkusan Kit Sahur sehingga ke akhir majlis.

 

 {jathumbnail off}