Home Artikel PAS Pulau Pinang

Sumbangan Kasih Ramadhan : PAS Cawangan Permatang To’Kandu.

462
SHARE

Permatang Pauh:17 JUN 2017 ,Sabtu – PAS Cawangan Permatang To’Kandu, Parlimen Permatang Pauh, hari ini sekali lagi berjaya meneruskan agenda berkebajikan dengan mengadakan majlis Sumbangan Kasih Ramadhan serta ketibaan Hari Raya Aidil-Fitri. Program ini dianjurkan pada setiap tahun setibanya bulan Ramadhan yang mulia, di samping meraikan golongan yang memerlukan.

Tahun ini penerima sumbangan telah dipilih, terdiri daripada 24 orang anak-anak kariah Kg.Pertama, yang tergolong dalam kategori miskin, OKU, sakit, warga emas, ibu tunggal dan anak yatim. Tidak ketinggalan, sumbangan turut diberi kepada para pendidik anak- anak PASTI Hj.Zabidi.

Acara perasmian telah disempurnakan oleh YDP Kawasan Permatang Pauh, Tuan Haji.Omar Hasan, turut serta Ketua Cawangan Tuan Hj.Jamaludin Hj.Abd.Hamid dan juga Ahli jawatankuasa Cawangan yang sentiasa memberi kerjasama yang padu dalam setiap program yang dianjurkan.PAS Cawangan Permatang To’ Kandu sentiasa cakna tentang kebajikan ahli- ahli serta penduduk sekitar.

Akhir sekali, harapan daripada kami warga PAS Cawangan Permatang To’Kandu, agar program yang murni dapat diteruskan setiap tahun,kerana program seperti ini dapat membantu meringankan sedikit bebanan kepada golongan-golongan yang memerlukan.

#SejahterabersamaISLAM
#PASCwg.To’Kandu.

{jathumbnail off}