Home Artikel PAS Johor

Kembalikan Nostalgia Bermain Permainan Tradisi Ini Bersama Anak

1012
SHARE

SUKAN TRADISIONAL MEMERIAHKAN KARNIVAL UMMAH JOHOR

Oleh: Nik Nor Nadhirah

Pasir Gudang, 6 April 2019 : Karnival Ummah Johor Sejahtera bertempat di Pasti Al Kauthar 2, Taman Air Biru meriah dengan kehadiran masyarakat sekitar.

Pengunjung disajikan dengan pelbagai aktiviti menarik mengikut katergori umur. Antaranya adalah sukan rakyat yang mengetengahkan sukan tradisional seperti ‘Tuju Selipar’, bowling kelapa dan lain-lain. Aktiviti ini diadakan bagi mengangkat nama permainan tradisional yang secara tidak langsung boleh mengeratkan hubungan antara peserta.

Semoga dengan aktiviti sebegini boleh mengeratkan ukhwah dan permainan tradisional tak lapuk dek zaman.

Sementara itu, turut berlangsung aktiviti-aktiviti lain pada masa yang sama di perkarangan tapak karnival seperti memanah, daftar pemilih oleh SPR, gerai jualan dan jualan amal. Malah, program tukar minyak hitam dan e-sport untuk anak muda turut berlangsung di sekitar tapak karnival.

Pada sebelah malam akan turut diadakan Ceramah Perpaduan PAS-UMNO bagi membincangkan isu semasa ummah dan membuka ruang dan peluang kepada para pengunjung untuk mendapat sumber isu semasa daripada pimpinan.