Home Artikel PAS Perak

Kembalikan Islam Mampu Selamatkan Masyarakat

390
SHARE

Kembalikan Islam Mampu Selamatkan Masyarakat


BAGAN SERAI : Kecelaruan masyarakat berlaku bila jauh dari cara hidup Islam sehingga berani menolak Al-Quran dan hukumnya malahan ada yang menyatakan bahawa kemenangan PAS satu keperluan untuk melaksanakan hukum Islam. Buktinya kesungguhan PAS membawa usul RUU 355 menjadi isyarat awal terus komited memperjuangkan pelaksanaan Islam.

Segala permasalahan seperti krisis sosial, rumahtangga, aliran pemikiran barat dan sebagainya mampu dicegah apabila masyarakat kembali berpegang kepada syariat Islam.

Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria berkata demikian ketika menyampaikan tazkirah di Surau Al-Hidayah, Kedai 2 Selinsing, 1 Jun lalu.

Beliau berkesempatan bertemu masyarakat tempatan, Ketua Penerangan PAS Bagan Serai, Rosman Muhammad bersama-sama jemaah Masjid Daerah Bagan dalam majlis berbuka puasa.

Secara tidak langsung beliau dapat beramah mesra dengan ahli jemaah masjid malahan dalam masa yang sama pemimpin PAS dapat mendekati masyarakat yang merupakan pengundi di Parlimen Bagan Serai.

{jathumbnail off}