Home Artikel PAS Perak

Ameerah Care Aktifkan Aktiviti Kemasyarakatan

633
SHARE

Ameerah Care Aktifkan Aktiviti Kemasyarakatan


BOTA: Menumpukan muslimat muda golongan sasaran berpotensi, Ameerah Parit buat kali pertamanya telah mengadakan program Ameerah Care siri 1 ,31 Mei lalu.

Program yang bertempat di Taman Seri Molek dan Taman Bota Jaya, Bota Kanan itu bertujuan untuk berziarah dan membuat edaran juadah berbuka puasa.

Sebanyak 30 roti john, 30 kotak buah kurma, jadual waktu berbuka puasa dan sahur serta risalah Ramadan telah diedarkan kepada 30 buah rumah pengundi muda dalam aktiviti ziarah tersebut.

Rata-rata penduduk memberikan reaksi yang baik serta menyambut mesra kedatangan Ameerah Parit pada kali ini.

Program yang turut disertai oleh pimpinan Dewan Muslimat PAS Parit, Pengerusi Lajnah Pendidikan, Suhaida Ahmad dan Ramlah Bahari telah berjalan dengan lancar.

Program seumpama itu dapat diteruskan lagi dalam usaha mendekati dan menyantuni pengundi muda di sekitar kawasan Parit, lebih-lebih lagi sebelum berhadapan dengan PRU ke-14 yang dijangka akan diadakan tidak lama lagi.

{jathumbnail off}