Home Artikel PAS Perak

Agihan Bubur Segarkan Persaudaraan Masyarakat Setempat

452
SHARE

Agihan Bubur Segarkan Persaudaraan Masyarakat Setempat


BUKIT GANTANG: Kemeriahan sambutan bulan Ramadan terus dimanfaatkan dengan pelbagai aktviti dan program antaranya edaran bubur lambuk yang selalu diadakan di bulan Ramadan.

Menerusi inisiatif itu, Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Gantang dengan kerjasama bersama jawatankuasa pemuda PAS cawangan telah melaksanakan program bubur lambuk percuma untuk diagihkan kepada penduduk setempat .

Turut serta dalam pengagihan bubur lambuk itu, Ahli Parlimen Bukit Gantang ; YB Ustaz Idris Ahmad, YDP PAS Bukit Gantang; Ustaz Faisal Abdul Rahman, Ketua Pemuda PAS Bukit Gantang; Zu Hazmin Badri serta seluruh kepimpinan Pemuda dan AJK Kawasan PAS Bukit Gantang .

Bubur lambuk tersebut telah diagihkan di bazar Ramadan, Taman Berkat dan bazar Ramadan Taman Mewah .

Sementara itu , edaran bubur lambuk bersama Ahli Parlimen Bukit Gantang juga diteruskan lagi di Bazar Ramadan Batu 2 setengah dan Bazar Ramadan Taman Kota Jaya, Simpang.

Agihan bubur lambuk bermula pada pukul 5.30 petang.

Sebelum edaran , mereka bersama-sama bergotong-royong memasak bubur lambuk .

Proses memasak dan menyediakan bubur lambuk telah dimulakan seawal jam 9 pagi dengan mengambil kira masa penyediaan yang memakan masa sekitar 3 jam termasuk proses pembungkusan.

Pengagihan bubur lambuk bukan sahaja untuk penyediaan juadah berbuka puasa semata-mata tetapi ia dapat merapatkan hubungan sesama masyarakat sekaligus dapat mengimarahkan bulan Ramadhan Al Mubarak bahkan dapat mengeratkan silaturahim di kalangan masyarakat setempat .

Program seumpama itu mendapat sambutan amat menggalakkan dari masyarakat setempat dan sekitar .

{jathumbnail off}