Home Rencana PAS Kelantan

Kemajuan negeri, beri manfaat semua rakyat

134
SHARE

Melalui pembentangan Bajet 2022 oleh Menteri Kewangan, Rolling Plan Pertama Rancangan Malaysia Ke-12 bagi tahun 2021 Kelantan telah diluluskan peruntukan sebanyak RM 1.86 bilion ringgit untuk pembiayaan 119 projek pembangunan baharu dan melibatkan sebanyak 221 projek sambungan.

Justeru, pada tahun 2022 kelantan sekali lagi diluluskan peruntukan sebanyak RM 3.53 bilion ringgit bagi projek pembangunan infrastruktur dan 159 juta ringgit lagi khusus untuk pembinaan Kompleks Sukan Bukit Merbau merangkumi stadium tertutup, padang hoki, tenis, dan padang sintetik yang terletak di Pasir Puteh yang akan mula dibina pada Januari tahun hadapan (2023).

Selain itu, 8 projek kementerian alam sekitar dan air (KASA) bernilai RM 1.36 bilion ringgit diluluskan bagi menyokong pembangunan air Kelantan khususnya menaiktaraf infrastruktur perkhidmatan air di Kelantan, seperti penambahbaikan loji rawatan air, penggantian paip air bagi mengurangkan kehilangan air serta projek bagi meningkatkan perkhidmatan pembentungan telah dikenalpasti dan akan dilaksanakan di Kelantan dalam masa yang terdekat.

Dalam pada itu, hambatan IR 4.0 dan jurang pembangunan digital di pantai Timur dan Kelantan tidak terkecuali dalam mendapatkan perhatian daripada kerajaan pusat dengan memperuntukkan sebanyak RM 700 juta ringgit dan kemudiannya di tambah kepada RM1 billion bagi menggiatkan pembangunan infrastruktur telekomunikasi dan digital di Kelantan, Program Jalinan Digital Negara (JENDELA), melalui Kelantan ICT Gateway Sdn Bhd yang berperanan dan bertanggungjawab merancang, mengurus, melaksana, mengkoordinasi serta memantau pelan hala tuju dan pembangunan sektor tersebut.

Manakala, Pembangunan wilayah atau bandar baru seperti Pasir Puteh Central, Bandar Baru Jelawat, Bandar Bentara Tumpat, Taman Perindustrian Sistem Binaan Berindustri (IBS) Sungai Bagan, Taman Konservasi di Mukim Sigar, Pondok Moden Antarabangsa di Pulai Chondong dan banyak lagi turut rancak berjalan dengan peruntukan besar persekutuan melalui Kementerian Luar Bandar sebanyak 2.683 bilion ringgit bagi tahun 2022 berbanding RM 300.4 juta ringgit pada tahun sebelumnya.

Justeru itu, rangkaian perhubungan darat yang lebih cepat, selesa dan selamat dijalankan melalui projek Central Spine Road (CSR) yang dijadualkan siap sepenuhnya pada tahun 2025 dijangka akan melebarkan 1001 peluang ekonomi untuk Kelantan.

Pintu masuk melalui udara juga sedang rancak dibangunkan. Projek pembesaran dan menaiktaraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Pengkalan Chepa dengan kos RM 440 juta ringgit dijangka akan siap pada pertengan tahun 2024 mampu menampung kemasukan 4 juta pengunjung setahun. Pembinaan asas kepada landasan ECRL sepanjang 43.68 – kilometer sedang rancak berjalan melalui projek laluan rel pantai timur dengan 2 stesen utama di Pasir Puteh dan Kota Bharu.

Transformasi tok bali kepada bandar maritim dan Full Fledge Port di tapak seluas 250 ekar telah pun menerima pelaburan sebanyak RM 329 juta ringgit.

Terbaharu, Projek Empangan Nenggiri di Gua Musang yang bernilai RM 5 bilion ringgit telah memulakan kerja awal pembinaan pada 1 Mac 2022, dijangka mula menjana elektrik pada pertengahan 2027 yang berperanan sebagai penggerak utama peralihan industri tenaga negara dan mengukuhkan usaha memastikan bekalan elektrik yang stabil dan berdaya harap untuk rakyat dan negara.

Sementara itu, Projek pemangkin ekonomi hiliran dan setempat seperti Laman Warisan di Kampung Laut, Tumpat di bawah East Coast Economic Region Development Council (ECERD) dengan tawaran produk perlancongan, budaya serta Industri Kecil dan sederhana (IKS).

Apabila siapnya jambatan ikonik Palekbang – Kota Bharu sudah pastinya dapat menyuraikan masalah kesesakan trafik di Jambatan Sultan Yahya Petra dan pusat bandar Kota Bharu di samping menjadi laluan alternatif yang menghubungkan Tumpat dan Kota Bharu.

Walaupun begitu, ECERD turut optimis agar dapat mencapai sasaran pelaburan sebanyak RM 1.8 bilion ringgit di kelantan pada tahun 2022 dengan anggaran 1200 tawaran pekerjaan baharu yang lebih daripada 300 peluang keusahawanan.
Sementara itu, Prospek eko pelancongan dan agropolitan di Tanah Tinggi Lojing yang dijenamakan sebagai Lojing Higlands turut diyakini mampu menyaingi Cameron Highlands selain telah diwartakan sebagai Taman Konservasi Rafflesia dengan keluasan sebanyak 1,000 hektar.

Dengan polisi kerajaan negeri untuk mewujudkan peluang pekerjaan dan industri hiliran berasaskan sumber asli telah disambut baik dengan pengistiharan Tasik Danau Tok Uban Pasir Mas sebagai zon industri akualkultur (ZIA) dengan kerjasama kerajaan Persekutuan termasuklah cadangan awal pembangunan tasik tersebut yang akan dilengkapi fasiliti sesuai dengan zon industri akuakultur.

Selain itu, turut diintegrasikan dengan projek ladang solar terapung terbesar di asia tenggara dengan keluasan 40 hektar, boleh mengurangkan 131,400 tan metrik karbon dioksida setiap tahun, yang pada masa sama dipercayai boleh memberi kesan negatif terhadap masyarakat amnya dan masyarakat Kelantan khasnya apabila berlaku perubahan iklim dan cuaca di luar jangkaan.

Mensyukuri Kelantan yang dikurniakan dengan khazanah alam yang subur dengan kepelbagaian sumber menawarkan peluang seluasnya kepada sektor pertanian sekaligus mencapai gagasan Kelantan sebagai jelapang makanan negara. Komitmen dan iltizam Kelantan dalam membangun negeri mengikut acuan Membangun Bersama Islam dizahirkan dengan Projek Jangka Panjang Pembangunan Madinah Ramadhan As-Salam, sebuah bandar tersusun dan terancang berkonsepkan Islamic Smart city di mukim Tiong.

Madinah As-Salam merupakan salah satu kompenan utama dalam Pelan Strategik Kelantan Melangkah Ke Hadapan – Keberkatan , Kemakmuran Dan Kebajikan 2016-2025 yang merupakan satu perancangan teras kerajaan negeri untuk memacu Kelantan ke arah satu tahap yang lebih progresif , dinamik dengan kekuatan peluang dan sumber yang ada merangkumi aspek sosial serta ekonomi.