KELANTAN RAIKAN 438 PASANGAN PENGANTIN
Oleh : PPU Asyraf Hanif
Kota Bharu – Kerajaan Kelantan meraikan pasangan-pasangan pengantin baru pada Majlis raikan Cinta dan Penyampaian Cek Perdana Skim Gerbang Az-Ziwaj di Dewan KTC pagi tadi.
Menurut Ustaz Mohd Asri Mat Daud, merangkap sebagai Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat dalam laman Facebooknya, seramai 438 orang pasangan telahpun diraikan dalam majlis yang penuh bermakna itu.
Majlis dimulakan dengan ceramah Motivasi Keluarga Bahagia yang disampaikan oleh Ustaz Saibon Ismail, Pegawai Agama Jajahan Tanah Merah.
Majlis itu juga turut sama dihadiri oleh Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi meraikan pasangan dari Dun masing-masing.
Majlis yang diadakan ini merupakan satu bukti kesungguhan Kerajaan Negeri Kelantan dalam membela dan membantu rakyat dengan acuan islam.