Home Artikel Dewan Ulamak PAS Pusat

Kelantan Model Kepimpinan Islam

155 views
SHARE

KELANTAN MODEL KEPIMPINAN ISLAM

Oleh : PPU Asyraf Zulkifli.

Kelantan, 4 Mac 2018 : YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan ketika menyampaikan amanat di Majlis Ramah Mesra Menteri Besar Kelantan Bersama Anak Kelantan di Perantauan (Zon Utara) di Kompleks Maahad Tahfiz Intan, Sungai Petani berkata:

“Kita mahu rakyat Kelantan ada jasa besar kepada negara kita dengan bekalkan sumber manusia untuk sebarkan Islam. Insyaallah, dengan usaha ini kita mampu untuk mengembalikan nur cahaya kemenangan Islam di muka bumi ini. Rakyat Kelantan yang bersama perjuangan Islam mempunyai saham yang amat tinggi untuk mengembalikan kegemilangan Islam dan khalifah. Insyaallah, menghampiri 2024 nanti, Kelantan terus akan naik sebagai kuasa Islam.”

Kepimpinan Kelantan yang menerapkan nilai-nilai serta perlaksanaan Islam kelihatan begitu kukuh dari semua aspek pemerintahannya. Semoga Islam akan terus subur dan berkembang sejajar dengan gelaran negeri Kelantan sebagai serambi Mekkah.