Home Berita Dewan Ulamak PAS Pusat

Kelantan Modal Kepimpinan Ulamak

1225
SHARE

KELANTAN MODEL KEPIMPINAN ULAMAK

Oleh : PPU Asyraf Hanif

Kota Darulnaim – Kerajaan Negeri Kelantan terus teguh dengan pentadbiran berasaskan islam dengan mengadakan Seminar Kelantan Model Kepimpinan Ulamak semalam.

Seminar yang dianjurkan oleh Institut Pemikiran Tok Guru Dato Bentara Setia(IPTG) dengan kerjasama Urusetia Penerangan Negeri Kelantan itu telah dihadiri seramai 350 orang peserta.

Turut sama hadir Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Haji Hashim Jasin menyampaikan Ucap Utama dan juga Menteri Besar Kelantan, YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob merasmikan Penutupan seminar.

Dua kertas kerja telah dibentangkan sepanjang seminar termasuk satu ulasan buku Tuan Guru Haji Yaakub Berangan : Sumbangan dan perjuangan hasil karya Ustaz Mohd Fadhli Ghani.

Penutupan seminar juga turut dilancarkan Mobile Apps Tok Guru dan Majlis penyerahan Kitab Al-Fihris Asy-Syamil Litturath Al-‘Arabi Al-Islami Al-Makhtut oleh Setiausaha Majlis Syura Ulamak, Datul Dr Nik Zawawi Salleh kepada YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Pengerusi IPTG.