Home Berita Dewan Muslimat PAS Malaysia

Ustazah Nuridah Ziarah Sahabat Seperjuangan

1855
SHARE

IPOH, 14 Feb : Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM), Ustazah Nuridah Mohd. Salleh diiring Penolong Setiausaha DMPM menziarahi ADUN PAS Gunung Semanggol merangkap Setiausaha BPP Negeri erak, Yb Ustaz Mohd. Zawawi Abu Hassan yang terlantar setelah terjatuh di bilik air dipercayai akibat tekanan darah tinggi yang naik mendadak.

Dalam lawatan tersebut, Ustazah Nuridah menghulurkan sedikit sumbangan daripada DMPM kepada isteri Yb Ustaz, Ustazah Maizul dan memberikan kata-kata semangat kepada beliau dalam menghadapi ujian ini, di samping mendoakan kesembuhan buat sahabat seperjuannya itu.

Ustazah Maizul berkata pada akhir pertemuan itu;
“Ini masa untuk ustaz berehat. Biarlah kita bagi dia berehat sekejap untuk pulih sepenuhnya. Penat tengok dia berkhidmat siang malam.

Pakat-pakat doa supaya beliau sihat untuk kembali berjuang. Terima kasih kepada semua yang mengambil berat keadaannya”.

Ustzah Nuridah dan rombongan juga mengambil peluang menziarahi Ketua ‘Alimat, Ustazah Ana Mastura yang baru sahaja melahirkan anak.