Home Berita PAS Pahang

Kek Madani saja diterima untuk Hari Guru?

390
SHARE

Oleh: HABSAH ALI

INDERA MAHKOTA, 21 Mei ♦ Tarikh 16 Mei dipilih sebagai tarikh Hari Guru untuk menghargai peranan guru seluruh negara atas segala jasa mereka.

Pelajar dapat mengambil peluang untuk mengenang dan membalas jasa guru-guru mereka, hubungan antara guru dan pelajar dapat dieratkan lagi.

Peluang sebegini juga diambil oleh pemimpin-pemimpin negara, parti politik untuk menyampaikan kek tanda ingatan dan penghargaan kepada para guru.

Ahli Dewan Negeri Beserah, Andansura Rabu telah menghantar kek kepada 70 institusi pendidikan seluruh DUN berkenaan, baru-baru ini sempena sambutan Hari Guru.

Institusi-institusi tersebut termasuk sekolah-sekolah rendah dan menengah, Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) dan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI).

“Ia adalah aktiviti yang dilaksanakan pada setiap tahun sejak lebih 5 tahun lalu sebagai meraikan para guru.

“Terima kasih kepada wakil-wakil saya yg berkunjung dari satu institusi ke satu institusi bagi menyampaikan kek-kek tersebut.

“Semoga sedikit buah tangan ini dapat menzahirkan ucapan penghargaan dan terima kasih saya kepada para guru yang menabur bakti di DUN Beserah dalam apa juga bidang di apa juga institusi,” ujarnya.

Namun begitu, salah seorang daripada wakil ADN berkenaan melahirkan rasa kecewa kerana ada sekolah yang tidak membenarkan mereka masuk untuk penyerahan kek tersebut.

“Hanya kek dari Kerajaan Madani sahaja diterima,” ujarnya dengan nada sayu.