Home Berita PAS Perak

PAS Kampar meraikan duyuffurahman 2023

348
SHARE

Oleh: Abu Faqehah

TUALANG SEKAH: PAS Kawasan Kampar melalui Lajnah Dakwah telah menganjurkan Majlis Bacaan Yaasin serta Solat Hajat bagi menyantuni dan meraikan bakal haji dan hajjah yang akan menunaikan rukun Islam kelima pada tahun 2023 ini.

Pada tahun ini seramai lebih kurang 12 orang duyuffurahman yang terdiri dari pimpinan dan ahli keluarga PAS Kampar yang akan berlepas dalam minggu ini.

Majlis bermula dengan solat maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Ustaz Khairul Alimi Kamarul Hailan, Setiausaha PAS Kawasan Kampar.

Kemudian diikuti dengan solat hajat dan bacaan Surah Yaasin yang dipimpin oleh YDP PAS Kampar iaitu Ustaz Sofian Rejab.

Usai solat Isyak berjemaah, majlis diteruskan dengan ucapan dari YDP sendiri dan wakil duyuffurahman seterusnya upacara penyerahan sumbangan dari PAS Kawasan Kampar.

Menurut Ustaz Sofian, program ini julung kali diadakan dan insyaAllah dengan keberkatan doa para hadirin hadirat tadi insyaAllah dipermudahkan segala urusan duyuffurahman PAS Kampar.

Labaikkallahumma Labbaik!