Home Artikel PAS Melaka

Kejadian Ribut Di Bertam Ulu : PAS Tangga Batu Wujud Tabung Bencana Dan Kebajikan

185
SHARE

Oleh : MSO

TANGGA BATU – Rentetan dari dua kejadian bencana yang berlaku di dalam Parlimen Tangga Batu dalam tempoh seminggu, PAS Kawasan Tangga Batu mengambil langkah drastik mewujudkan Tabung Bencana dan Kebajikan PAS Kawasan Tangga Batu sebagai langkah jangka panjang menghadapi bencana dimasa akan datang.

Demikian diumumkan oleh Yang DiPertua PAS Kawasan Tangga Batu, Bakri Jamaluddin semasa menziarahi mangsa bencana ribut di Kampung Bertam Hulu semalam.

Kejadian ribut yang berlaku pada hari Ahad 12 Januari lalu merosakkan bumbung tujuh buah rumah dengan sebuah rumah mengalami kerosakan teruk sehingga tidak boleh didiami.

Ziarah ini turut disertai oleh Naib Yang DiPertua PAS Kawasan Tangga Batu IR Hanim Abbas, Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan, Izahari Ismail, Setiausaha PAS Kawasan, Hassan Md. Dahan dan Ketua Penerangan Mohammed Saufee Othman. PAS Kawasan mengambil kesempatan ziarah ini dengan menghulurkan sumbangan dan beramah mesra dengan penduduk terbabit bertujuan untuk mengurangkan trauma yang mereka hadapi.

Sebelum dari itu satu kejadian kebakaran yang memusnahkan lima buah rumah di Bukit Rambai berlaku pada 05 Januari menyebabkan semua penghuni tinggal sehelai sepinggang. Namun kedua-dua kejadian pada 05 dan 12 Januari tersebut tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.

Menginsafi kedua-dua kejadian yang berlaku dan keperluan untuk membantu golongan lain yang memerlukan, Tabung Bencana dan Kebajikan ini diwujudkan dengan matlamat berikut :

1. Menyumbang kepada keperluan mangsa bencana banjir, ribut, kebakaran, kemalangan dan kematian di dalam Parlimen Tangga Batu
2. Menyumbang kepada keperluan golongan fakir miskin, OKU, warga emas, Armalah, anak yatim penghidap pesakit kronik dan saudara baru di dalam Parlimen Tangga Batu
3. Membiayai program bantuan kebajikan oleh Unit Amal Tangga Batu
4. Menyumbang kepada mana-mana program kebajikan dan bantuan bencana yang diputuskan bersesuaian.
5. Menaja inisiatif yang bersifat Amanah Ikhtiar yang bersesuaian.

Sumbangan boleh disalurkan terus kepada Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan dengan menghubungi :

Izahari Ismail : 019 6209140
Rashimah Harun : 011 23095654
Ismah : 013 2015306

Atau terus ke Akaun Bank PAS Kawasan Tangga Batu :
Bank Islam : 0402 4010 0192 13

Moga dengan terwujudnya tabung ini akan menjadi satu bukti dan harapan kepada masyarakat umum yang PAS mampu mentadbir dengan mengutamakan kebajikan rakyat jika diberi peluang.